Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sim Ann: Empat perpustakaan akan dinaik taraf

Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) melakarkan satu pelan induk yang akan mencarta perluasan dan pembangunan rangkaian perpustakaan di Singapura sepanjang dekad akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Mar 2015 02:48PM Dikemas Kini : 10 Mar 2015 11:16PM

SINGAPURA: Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) melakarkan satu pelan induk yang akan mencarta perluasan dan pembangunan rangkaian perpustakaan di Singapura sepanjang dekad akan datang.

Ia merancang membuka sebuah Perpustakaan Kejiranan Punggol, di samping menaik taraf empat buah perpustakaan.

Empat buah perpustakaan yang akan dinaik taraf ialah Perpustakaan Pasir Ris, Bedok, Bukit Panjang dan Perpustakaan Daerah Tampines.

Perincian itu dijelaskan oleh Menteri Negara Perhubungan dan Penerangan Sim Ann, semasa Parlimen membahaskan peruntukan kementeriannya di Parlimen, hari ini.

Memandangkan ramai pengunjungnya golongan remaja, tidak lama lagi Perpustakaan Pasir Ris akan mempunyai ruang khas untuk mereka. Di ruang itu mereka boleh belajar secara kreatif dan terlibat dalam kegiatan-kegiatan riadah di dalam perpustakaan. Ia dijangka siap pada November ini.

Perpustakaan-perpustakaan yang lain juga akan menerapkan ciri-ciri baru. Selain ruang membaca, beberapa perpustakaan akan mempunyai tempat khas bagi keluarga dan kegiatan gaya hidup.

Perpustakaan Daerah Tampines yang akan berpindah ke Hab Bandar Tampines bakal mempunyai sebuah studio memasak.

Perpustakaan Awam Bedok pula akan berpindah ke Kompleks Bersepadu Bedok. Reka bentuknya mengikut konsep sebuah tempat berkumpul yang dinamik di mana masyarakat boleh datang untuk berkongsi idea.

Kerja pembinaan bagi kedua-dua perpustakaan di Tampines dan Bedok itu dijangka selesai pada 2017.

Perpustakaan Daerah Jurong pula akan mempunyai sebuah makmal IDA yang dijangka dibuka lewat tahun ini. 

Sumber : CNA/938LIVE/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan