Images
  • trump kim3
    REUTERS/Jonathan Ernst

Sidang Trump-Kim tingkatkan kesedaran tentang pentingnya keselamatan siber


SINGAPURA: Sejumlah besar anggota keselamatan dikerah untuk menangani sebarang ancaman semasa sidang puncak Trump-Kim.

Ini bagi memastikan acara yang dikuti seluruh dunia itu berjalan licin.

Langkah keselamatan diperketat di darat, udara dan laut .

Mereka yang dikerah termasuk pakar-pakar keselamatan siber.

Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA) meningkatkan kawalan ke atas perkhidmatan-perkhidmatan penting sebelum dan sepanjang sidang puncak tersebut.

CSA bersiap menangani pelbagai ancaman siber, terutamanya gangguan perkhidmatan di sekitar lokasi sidang puncak di Hotel Capella.

Misalnya, menyiasat kemungkinan penyerang cuba menggodam peralatan seperti kamera CCTV.

Para pakar mengatakan sidang puncak itu adalah acara yang baik bagi mendidik orang ramai tentang pentingnya keselamatan digital.

Kejayaan Singapura menjadi tuan rumah sidang puncak itu juga suatu petanda baik tentang sistem pertahanan siber negara.  

- CNA/MM/na

Top