Images
  • heng swee keat (1)
    Menteri Kewangan Heng Swee Keat. 

Sidang Trump-Kim langkah pertama ke arah perdamaian, kata Heng Swee Keat

SINGAPURA: Menteri Kewangan Heng Swee Keat gembira Singapura memainkan peranan sebagai tuan rumah bagi Sidang Puncak Trump-Kim.

Beliau berkata demikian semasa menggulung lawatan lima hari ke Jepun.

Encik Heng menambah bahawa kemajuan sidang puncak semalam (12 Jun) adalah langkah pertama ke arah perdamaian di Korea Utara.

Bagaimanapun beliau berkata sekatan tidak akan ditarik balik serta merta. Encik Heng juga berharap untuk melihat Korea Utara mengotakan janjinya.

"Sebagai anggota masyarakat antarabangsa, sudah menjadi keprihatinan bersama untuk melihat perkembangan Korea Utara seterusnya," kata Encik Heng.  

- CNA/NU/na

Top