SIA sepadukan semula SIA Cargo selepas alami kerugian
SIA Cargo, iaitu anak syarikat di bawah naungan Singapore Airlines (SIA), akan disepadukan semula sebagai sebuah divisyen dalam kumpulan SIA, menurut syarikat penerbangan tersebut dalam kenyataan media pada Jumaat (19 Mei).
SINGAPURA: SIA Cargo, iaitu anak syarikat di bawah naungan Singapore Airlines (SIA), akan disepadukan semula sebagai sebuah divisyen dalam kumpulan SIA, menurut syarikat penerbangan tersebut dalam kenyataan media pada Jumaat (19 Mei).
SIA menyatakan bahawa penyepaduan semula itu akan membantu meningkatkan tahap kecekapan, dan dijangka selesai pada separuh pertama tahun depan, di mana SIA Cargo akan menjadi divisyen kargo bagi syarikat penerbangan itu.
"Tiada sebarang perubahan pada operasi SIA Cargo," menurut SIA. Tujuh pesawat Boeing 747-400 Freighter akan terus menjalankan operasi, manakala divisyen kargo akan terus menguruskan ruang 'bellyhold' pesawat penumpang bagi SIA, SilkAir dan Scoot."
Ruang 'bellyhold' adalah bahagian kargo di bawah dek utama sesebuah pesawat.
Hampir 900 kakitangan SIA Cargo juga akan dikekalkan dalam divisyen baru kargo itu, manakala sebilangan daripada mereka akan dipindahkan ke divisyen lain, menurut syarikat penerbangan tersebut.
Kakitangan tanpa jawatan alternatif yang diluluskan akan diberi "peluang bagi pembangunan kakitangan" dalam kumpulan itu, dedah SIA.
Langkah tersebut diambil selepas SIA pada Khamis dilaporkan mengalami kerugian bersih sebanyak S$138 juta bagi suku keempatnya.
Ini juga menyebabkan kemerosotan pada pendapatannya, dengan sebanyak S$132 juta diperuntukkan bagi satu kes undang-undang persaingan di Eropah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.