Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SIA antara syarikat kurang cekap guna minyak bagi penerbangan rentas Pasifik

Singapore Airlines (SIA) mencatat prestasi di bawah paras purata industri bagi pengeluaran karbon dioksida untuk setiap penumpang-kilometer, menurut analisis terhadap 20 syarikat penerbangan yang mengendalikan penerbangan tanpa henti yang merentasi Pasifik. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Jan 2018 10:20AM Dikemas Kini : 19 Jan 2018 10:51PM

SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) mencatat prestasi di bawah paras purata industri bagi pengeluaran karbon dioksida untuk setiap penumpang-kilometer, menurut analisis terhadap 20 syarikat penerbangan yang mengendalikan penerbangan tanpa henti yang merentasi Pasifik.

Ranking Kecekapan Minyak Pesawat Rentas Pasifik oleh Majlis Antarabangsa mengenai Pengangkutan Bersih (ICCT) - kumpulan yang membongkar skandal pengeluaran gas Volkswagen pada 2014 - menganalisis data syarikat penerbangan berdasarkan jadual penerbangan pesawat dan data operasi yang terperinci pada 2016.

SIA mempunyai purata kecekapan minyak sekitar 30 penumpang-kilometer bagi setiap liter minyak (pax-km/L), di bawah paras purata industri iaitu 31 pax-km/L.

Daripada 20 syarikat penerbangan yang ditinjau, 12 mempunyai kecekapan minyak yang melepasi purata industri. Markah yang diperolehi SIA sama seperti empat syarikat penerbangan lain, iaitu keempat paling rendah dalam analisis itu.

SIA menggunakan pesawat Airbus A350-900, A380-800 dan Boeing 777-300ER untuk melakukan penerbangan ke Los Angeles dan San Francisco, menurut ICCT dalam laporannya yang diterbitkan pada Selasa (16 Jan).

A380, yang mempunyai 379 atau 441 tempat duduk, merupakan pesawat yang paling tidak cekap dari segi penggunaan minyak bagi semua pesawatnya, dengan purata 304 penumpang bagi setiap penerbangan. Jika lagi 50 penumpang menaiki setiap pesawat A380, maka metrik kecekapan minyak akan meningkat dari 24 kepada 27 pax-km/L, menurut ICCT.

Ia juga boleh meningkatkan kecekapannya kepada 30 pax-km/L dengan menambah muatan tambahan seberat 1,000 kilogram atau 10 penumpang bagi semua penerbangan.

Hainan Airlines dan All Nippon Airways (ANA) adalah syarikat penerbangan yang paling cekap memanfaatkan minyak di kalangan 20 syarikat penerbangan itu, dengan kedua-duanya secara purata mencatat kecekapan minyak 36 pax-km/L.

Strategi kedua-dua syarikat untuk menjadi lebih cekap menggunakan minyak juga berbeza, menurut kertas putih ICCT. Rating tinggi Hainan mencerminkan keupayaan "pesawat canggihnya", dengan kebanyakannya melakukan penerbangan menggunakan pesawat Boeing 787 Dreamliner.

ANA pula, membawa muatan yang lebih berat bagi penerbangannya, khususnya kargo. ANA membawa tiga kali lebih banyak kargo bagi setiap penumpang berbanding Hainan, 48 peratus daripada muatan pesawatnya.

Syarikat penerbangan yang paling tidak cekap menggunakan minyak adalah syarikat penerbangan Australia, Qantas, dengan 22 pax-km/L. Qantas menggunakan pesawat yang paling banyak memerlukan minyak dan pada muatan yang rendah bagi penumpang dan kargo, menurut ICCT. 

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan