Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Shafiq Arzemi, Ariff Mustaffa, antara 5 dipenjara kerana guna maklumat kad kredit curi

Lima lelaki Malaysia daripadap sindiket penipuan kad kredit dipenjara kerana membeli tiket-tiket daya tarikan pelancong menggunakan maklumat kad kredit yang dicuri, menurut polis hari ini (17 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Shafiq Arzemi, Ariff Mustaffa, antara 5 dipenjara kerana guna maklumat kad kredit curi

Gambar fail kad kredit. (Gambar: AFP/Damien Meyer)

Diterbitkan : 17 May 2018 10:13PM Dikemas Kini : 17 May 2018 10:17PM

SINGAPURA: Lima lelaki Malaysia daripadap sindiket penipuan kad kredit dipenjara kerana membeli tiket-tiket daya tarikan pelancong menggunakan maklumat kad kredit yang dicuri, menurut polis hari ini (17 Mei).

Lelaki-lelaki itu, yang berusia antara 20 dengan 38 tahun, didakwa di mahkamah antara 18 April hingga 9 Mei, menurut polis dalam kenyataan medianya.

Polis menyatakan pihaknya menerima beberapa aduan pada 18 November tahun lalu bahawa surat-surat bagi tiket daya tarikan pelancong, yang dibeli secara online menggunakan maklumat kad kredit dicuri, diberikan di kaunter tiket.

Polis memberkas Mohamad Shafiq Arzemi, 21 tahun dan Muhammad Ariff Mustaffa, 20 tahun, di Pulau Sentosa pada hari yang sama. Dua kad palsu dirampas daripada mereka.

Menyusuli siasatan lanjut, polis mengenal pasti tiga lagi rakan subahat mereka: Sia Chung Boon berusia 38 tahun, Rafiuddin Suddin berusia 22 tahun dan Muhammad Amirulzaman Kamaruzaman berusia 20 tahun.

Ketiga-tiga mereka diberkas beberapa jam selepas itu di Pusat Pemeriksaan Tuas di mana mereka cuba untuk keluar Singapura secara bersama-sama.

Kelima-lima anggota sindiket itu dikenakan dakwaan dan dipenjara antara 11 bulan dengan 19 bulan.

Sia didakwa dan dipenjara 19 bulan manakala Rafiuddin pula dipenjara 14 bulan. Mohamad Shafiq dan Muhammad Amirulzaman dipenjara 11 bulan setiap satu dan Muhammad Arif pula dipenjara 10 bulan.

Polis menasihati peniaga untuk melaksanakan piawai pengesahan seperti meminta salinan kad kredit atau debit dan dokumen pengenalan bagi memastikan pembelian dilakukan oleh pemegang kad sebenar.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan