SGSecure dekati pemimpin industri bagi persiap mereka hadapi ancaman pengganas
Para pemimpin industri yang berminat untuk melindungi tempat kerja mereka dari ancaman pengganasan boleh melakukannya di bawah inisiatif yang dilancarkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) hari ini (18 Apr).
SINGAPURA: Para pemimpin industri yang berminat untuk melindungi tempat kerja mereka dari ancaman pengganasan boleh melakukannya di bawah inisiatif yang dilancarkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) hari ini (18 Apr).
MOM menyatakan ia berharap dapat menarik 100 pemimpin industri menyertai program itu tahun ini. Sejauh ini, 80 pemimpin sudah mendaftar untuk menyertainya.
Para peserta Program Pemimpin Masyarakat di Tempat Kerja (WCL) akan membantu meningkatkan kesedaran tentang ancaman keselamatan dalam syarikat serta sektor perniagaan mereka.
Mereka juga akan bekerjasama dengan agensi-agensi yang relevan untuk melibatkan para pekerja ketika masa krisis.
Di samping itu para peserta WCL akan memainkan peranan dalam menghasilkan bahan-bahan SGSecure yang sesuai untuk industri mereka.
Pada masa yang sama mereka dilatih dalam kemahiran asas menyelamatkan nyawa dan belajar tentang ancaman pengganasan terbaru menerusi sesi perkongsian.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.