Setiausaha Perbendaharaan Amerika alu-alu kerjasama S'pura banteras kewangan haram
Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat Steven Mnuchin pada Khamis (20 Apr) melakukan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam.
WASHINGTON: Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat Steven Mnuchin pada Khamis (20 Apr) melakukan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam dan mengalu-alukan kerjasama berterusan Singapura dalam membanteras kewangan haram.
Seorang jurucakap jabatan Perbendaharaan berkata dalam satu bacaan bahawa Encik Mnuchin juga mengalu-alukan kerjasama Singapura dalam menahan Korea Utara daripada menyalah guna sistem kewangan.
Pegawai berkenaan juga menyebut bahawa Singapura akan menjadi tuan rumah kepada mesyuarat-mesyuarat Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) pada tahun 2018 dan berkata beliau tidak sabar untuk bekerjsama dengan DPM Tharman, tambah jurucakap tersebut.
Encik Tharman berada di Washington DC dari 18 hingga 23 April dan juga akan melakukan pertemuan dengan para pemimpin Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.