Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Serangan siber di S'pura dan kesannya kepada usaha membina Negara Bijak

Dengan Facebook, Cathay Pacific serta rangkaian hotel JW Marriott menjadi sasaran serangan siber pada tahun ini, Singapura juga tidak terkecuali.

Anggaran Waktu Membaca:
Serangan siber di S'pura dan kesannya kepada usaha membina Negara Bijak
Diterbitkan : 19 Dec 2018 07:55PM Dikemas Kini : 19 Dec 2018 08:00PM

SINGAPURA: Dengan Facebook, Cathay Pacific serta rangkaian hotel JW Marriott menjadi sasaran serangan siber pada tahun ini, Singapura juga tidak terkecuali.

Negara ini menyaksikan serangan siber terburuknya menerusi insiden pencerobohan data peribadi SingHealth pada Julai lalu.

Insiden itu menarik perhatian kepada kelemahan teknikal dan juga manusia. Ia juga menimbulkan persoalan tentang adakah ia akan menjejas usaha negara untuk mencapai visi Negara Bijak?

Pencerobohan tersebut dianggap serangan siber yang paling dasyat dialaminya sejauh ini apabila para penggodam menceroboh pangkalan data SingHealth.

Maklumat peribadi 1.5 juta pesakit dicuri termasuk rekod perubatan Perdana Menteri Lee Hsien Loong, diperolehi secara haram.

Insiden SingHealth itu juga menjejas rancangan untuk melancarkan sebuah Rekod Kesihatan Elektronik Kebangsaan di merata negara.

Menurut Kementerian Kesihatan, pelaksanaannya akan diteruskan apabila "perlindungan yang secukupnya" sudah diperolehi. Usaha pendigitalan akan diteruskan kerana banyak manfaat yang diraih para pesakit.

"Ada iktibar yang kita pelajari dalam erti kata apa yang sudah berlaku dan bagaimana kita boleh meningkatkan diri.

Dan sedang kita majukan aspek-aspek lain Negara Bijak yang khususnya mengandungi databes-databes besar, ini akan membantu meningkatkan postur keselamatan siber kita juga.

Serta proses dan cara kita menguruskan sistem dan perkhidmatan.

"Jadi, anehnya, ini (serangan siber tersebut) akan mempunyai kesan positif dalam inisiatif dan kemajuan Negara Bijak," jelas Encik Anthony Lim, Ketua Konsultan Fortinet.

Menurut pakar-pakar lagi, insiden itu menjadi satu peringatan penting bagi Singapura -ia tidak boleh melunturkan usaha mewujudkan sebuah Negara Bijak.

Mereka juga tidak menolak kemungkian serangan-serangan serupa akan berlaku lagi pada tahun depan.

"Apabila kita melihat ramalan untuk tahun depan, kami fikir prasarana kritikal akan menjadi sasaran utama serangan ke seluruh ASEAN, terutamanya di Singapura," kata Ketua Pegawai Keselamatan, Palo Alto Networks, Kevin O'Leary.

Agensi Keselamatan Siber Singapura menyatakan semua pertubuhan harus melihat keselamatan siber sebagai satu isu strategik, bukan sebagai isu teknikal sahaja, dalam usaha mereka untuk mengukuhkan daya ketahanan siber.

Agensi itu menambah, keselamatan siber adalah pemacu penting usaha membina Negara Bijak dan ia komited untuk melindungi sistem dan rangkaian IT negara.

Sumber : CNA/RR/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan