Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Seni di Kejiranan Anda' tampilkan 'Muzik Kita', gabungan seni tradisional Melayu

Pernahkah anda terlepas menonton sesebuah persembahan kesenian, kerana ia terlalu jauh dari rumah anda?

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pernahkah anda terlepas menonton sesebuah persembahan kesenian, kerana ia terlalu jauh dari rumah anda?

Acara 'Seni di Kejiranan Anda' atau 'Arts in Your Neighbourhood', anjuran Majlis Seni Kebangsaan (NAC), cuba menjadi huraiannya dengan menampilkan seni seperti teater, tarian dan muzik dari pelbagai bangsa.

Tahun ini, 'Muzik Kita' merupakan antara empat acara baru dan ia menampilkan persembahan gabungan pelbagai kumpulan tradisional Melayu.

Muzik Kita didukung oleh beberapa kumpulan seni tempatan, termasuk kumpulan tarian, muzik dan dikir barat.

Berlangsung di tengah-tengah Hab Tampines, ia mendekatkan lagi tradisi persembahan Melayu kepada masyarakat umum.

Menurut Pengarah Komunikasi dan Pemasaran, NAC, Yeoh Phee Suan: "Persembahan ini boleh mencerminkan adat dan budaya masyarakat Melayu, dengan harapan ia boleh meningkatkan penghargaan terhadap muzik Melayu tradisonal.

Pengarah muzik, Muzik Kita, Azrin Abdullah turut memberikan pendapat: "Inisiatif seperti ini adalah baik untuk kita orang Melayu, memperkenalkan adat dan juga budaya Melayu kepada masyarakat umum."

Sebagai Pengarah Artistik bagi Kumpulan NADI Singapura, Riduan Zalani pula berasa berbesar hati kerana dapat berkongsi pentas bersama kumpulan-kumpulan mapan muzik tradisional Melayu.

Ini merupakan antara 30 persembahan dan kegiatan kesenian yang dijalankan di 12 lokasi kejiranan sejak minggu lalu.

Ahli kumpulan Kumpulan Nobat Kota Singa, yang hanya dikenali sebagai Suryana berkata: "Pada hari ini kita membawakan lagu-lagu tradisional ini ke masyarakat pula. Jadi tentu sekali ada rakan-rakan dari bangsa yang berbeza."

"Ternyata persembahan rancak selama dua jam ini berjaya menarik minat masyarakat pelbagai bangsa.

Salah seorang penonton, Qurratul Aisyah juga berkongsi pendapat bahawa persembahan sedemikian adalah suatu yang amat menyegarkan.

Malah, acara tersebut turt menarik perhatian para penonton berbangsa asing, seperti Cik Neo dan anak perempuannnya.

"Anak saya ternampak pakaian tradisional Melayu di atas pentas,dan terus tertarik untuk menonton persembahan," katanya.

Seni di Kejiranan Anda berlangsung di beberapa estet perumahan, sehingga 26 Mac ini.

Orang ramai boleh ke artsforall.sg untuk maklumat lanjut.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan