Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Senarai pengundi yang disemak dibuka untuk pemeriksaan awam

Senarai pengundi sudah disemak dan akan dibuka bagi pemeriksaan awam dari 20 Jun hingga 3 Julai, menurut Jabatan Pilihan Raya dalam kenyataan media pada Isnin (19 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Senarai pengundi yang disemak dibuka untuk pemeriksaan awam

Pejabat Jabatan Pilihan Raya di Prinsep Link. (Gambar: Xabryna Kek)

Diterbitkan : 19 Jun 2017 04:51PM Dikemas Kini : 19 Jun 2017 04:54PM

SINGAPURA: Senarai pengundi sudah disemak dan akan dibuka bagi pemeriksaan awam dari 20 Jun hingga 3 Julai, menurut Jabatan Pilihan Raya dalam kenyataan media pada Isnin (19 Jun).

Senarai yang disemak itu mengandungi semua nama pengundi yang layak setakat sehingga 1 Jun.

Rakyat Singapura boleh memeriksa butiran mereka dalam senarai tersebut:
- Secara online di laman Jabatan Pilihan Raya (http://www.eld.gov.sg)
- Di pusat/kelab masyarakat dengan NRIC/pasport mereka;
- Di Kedutaan Singapura di luar negara yang menjadi pusat pendaftaran luar negara dengan NRIC/pasport mereka;
dan
- Di Jabatan Pilihan Raya dengan NRIC/pasport

Nama-nama individu yang dikeluarkan daripada senarai pengundi kerana tidak mengundi dalam pilihan raya sebelum ini, boleh memohon untuk memasukkan semula nama mereka supaya dapat mengundi dalam pilihan raya akan datang.

Mereka dinasihati supaya memohon awal, dedah Jabatan Pilihan Raya, memandangkan tiada permohonan bagi kemasukan semula akan diproses bermula dari tarikh writ bagi sesebuah pilihan raya itu dikeluarkan sehingga selepas Hari Penamaan Calon, jika pilihan raya itu tidak dipertandingkan, atau sehingga sesuatu undi diambil kira selepas Hari Mengundi.

Bagi rakyat Singapura yang berada di luar negara, di mana nama-nama mereka disertakan dalam senarai pengundi, mereka boleh memohon untuk mengundi di salah sebuah pusat mengundi luar negara yang dikhususkan. Ini sekiranya mereka sudah menetap di Singapura selama sekurang-kurangnya 30 hari sepanjang tempoh tiga tahun antara 1 Jun 2014 dan 31 Mei 2017.

Rakyat Singapura yang berada di luar negara dan sudah mendaftar awal sebagai pengundi luar negara perlu mendaftar semula jika mereka memenuhi kriteria kelayakan setakat sehingga 1 Jun 2017 dan mahu terus menjadi para pengundi di luar negara.

Pilihan Raya Presiden tahun ini dijangka diadakan pada bulan September dan dikhaskan bagi calon-calon Melayu. 

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan