Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Semarakkan bahasa, budaya Melayu dan sukan, di pesta pendidikan #Fiestadetik

Fiesta pendidikan Unit BERITA & Ehwal Semasa Melayu Mediacorp esok (13 Jan), bukan sahaja menampilkan program-program akademik tetapi acara-acara dalam bidang sukan, seni dan sastera.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Fiesta pendidikan Unit BERITA & Ehwal Semasa Melayu Mediacorp esok (13 Jan), bukan sahaja menampilkan program-program akademik tetapi acara-acara dalam bidang sukan, seni dan sastera.

Jangan terkejut kalau anda 'terpilih' oleh ActiveSG, PERSISI dan PERSES - badan-badan sukan yang turut serta dalam #fiestadetik.

Bangunan Heartbeat@Bedok setinggi tujuh tingkat menjadi tempat pilihan untuk mengadakan fiesta pendidikan ini. Ia sebenarnya memuatkan sebuah hab sukan di empat aras.

ActiveSG DAPAT SAMBUTAN PELBAGAI LAPISAN MASYARAKAT

Bersifat inklusif, ActiveSG di Heartbeat@Bedok ini mendukung konsep sukan untuk semua lapisan masyarakat.

Sempena #fiestadetik esok, para pengunjung berpeluang menikmati pelbagai program sukan yang ditawarkan.

"Keunikan di gim ActiveSG Bedok ini, kami adakan sistem HURS yang menggunakan angin daripada mesin-mesin lain yang menggunakan berat besi jadi tidak begitu berat untuk warga emas dan orang kurang upaya." kata Encik Muhd Adlan, seorang juara sukan ActiveSG.

"Semenjak kami buka di Bedok sini, kami mendapati pelbagai lapisan masyarakat yang datang - dari yang kecil hingga ke warga emas - untuk menggunakan kemudahan-kemudahan kami seperti kolam renang dan gim," tambah beliau.

PERSISI CARI PESERTA BARU

2018 merupakan tahun yang sibuk buat Persekutuan Silat Singapura (PERSISI).

Selain membuat persiapan untuk Sukan Asia, Ogos nanti, ia juga giat berusaha untuk mengasah bakat-bakat baru.

#fiestadetik esok dilihat sebagai satu wadah baik untuk mencungkil bakat bagi mewakili negara ke peringkat antarabangsa.

"Kami berharap anak-anak muda di luar sana ikut menyertai pasukan silat nasional di mana mereka boleh berkembang dan bersinar. Sekarang kami sedang bekerja keras dan bekerjasama dengan PERSILAT, Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa, untuk menuju ke arah memasukkan silat ke peringkat olimpik," kata Cik Nur Asiah Arshad, pengurus pemasaran PERSISI.

PERSES ADAKAN KURSUS PROFESIONAL LATIHAN SUKAN BUAT PERTAMA KALI

Seiring dengan matlamat #fiestadetik memupuk pembelajaran sepanjang hayat, Persekutuan Sepaktakraw Singapura (PERSES) pula buat julung-julung kalinya akan memperkenalkan kursus-kursus profesional dalam latihan sukan.

Kursus yang dikendalikan bersama Institut SSTC itu bermula dari tahap sijil profesional hingga ijazah sarjana muda, sesuai bagi semua peringkat usia terutama para jurulatih.

"Kami sangat gembira melihat sebanyak 22 jurulatih melibatkan diri mereka dalam kursus-kursus ini. Seterusnya kalau mereka ingin, mereka akan teruskan pelajaran mereka ke tahap ijazah," kata Encik Mohd Haikal Mohd Yusope, naib presiden PERSES.

PERSES berharap inisiatif itu mampu melahirkan lebih ramai jurulatih dan pemain bermutu yang boleh mengukuhkan lagi prestasi sepak takraw tempatan.

Selain acara sukan, terdapat juga persembahan seni seperti dikir barat dan deklamasi sajak selain permainan kosa kata dan demonstrasi sains di fiesta itu esok.  

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan