Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Semangat kesukarelawanan, jumlah relawan di S'pura terus meningkat

Seluruh dunia menyambut Hari Sukarelawan Antarabangsa hari ini (5 Dis) termasuk Singapura yang menyaksikan semangat kesukarelawanan di sini terus membara dan cara kerja-kerja sukarela yang dilakukan juga berbeza-beza.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Dec 2018 08:58PM Dikemas Kini : 05 Dec 2018 09:24PM

SINGAPURA: Seluruh dunia menyambut Hari Sukarelawan Antarabangsa hari ini (5 Dis) termasuk Singapura yang menyaksikan semangat kesukarelawanan di sini terus membara dan cara kerja-kerja sukarela yang dilakukan juga berbeza-beza.

Perkembangan ini dialu-alukan oleh Pusat Sukarelawan dan Dermawan Kebangsaan (NVPC).

Syarikat Facebook cawangan Singapura melatih sekitar 80 pertubuhan sukarela mengenai cara-cara untuk mendapatkan sokongan ramai melalui media sosial.

Ia bekerjasama dengan NVPC menganjurkan bengkel-bengkel percuma melalui pergerakan kebangsaan "Giving Week", yang diadakan setiap tahun bersempena Hari Sukarelawan Antarabangsa.

Menurut NVPC, penyertaan syarikat dan badan-badan bukan mencari untung dalam pergerakan amal itu meningkat daripada 180 kepada 200 tahun ini.

Kegiatan-kegiatan sukarela yang dilakukan, termasuklah pelestarian dan melindungi alam sekitar.

Menurut Lembaga Taman Negara (NParks), jumlah sukarelawan yang menyertai kegiatan sedemikian naik ketara daripada 25,000 orang pada 2016 kepada 40,000 orang tahun lalu.

Sepanjang tahun ini sahaja sekitar 45,000 orang menjadi sukarelawan memelihara sekitaran.
Demi menghargai sumbangan mereka berbagai insentif diberikan termasuk potongan harga apabila mereka berbelanja di sebilangan kedai runcit dan pusat makanan.

Syarikat Facebook cawangan Singapura melatih sekitar 80 pertubuhan sukarela mengenai cara-cara untuk mendapatkan sokongan ramai melalui media sosial.

Ia bekerjasama dengan NVPC menganjurkan bengkel-bengkel percuma melalui pergerakan kebangsaan "Giving Week", yang diadakan setiap tahun bersempena Hari Sukarelawan Antarabangsa.

Menurut NVPC penyertaan syarikat dan badan-badan bukan mencari untung dalam pergerakan amal itu meningkat daripada 180 kepada 200 pada tahun ini.

Kegiatan-kegiatan sukarela yang dilakukan termasuk dalam pelestarian dan melindungi alam sekitar.

Menurut Lembaga Taman Negara jumlah sukarelawan yang menyertai kegiatan sedemikian naik ketara daripada 25,000 orang pada 2016 kepada 40,000 orang tahun lalu.

Sepanjang tahun ini sahaja sekitar 45,000 orang menjadi sukarelawan memelihara sekitaran.

Untuk menghargai sumbangan mereka berbagai inisiatif diberikan termasuk potongan harga apabila berbelanja di beberapa kedai runcit dan pusat makanan.  

Sumber : CNA/SS/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan