Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Selain T4, ada lagi cara lain pacu S'pura sebagai hab penerbangan dunia

Dengan keupayaan T4 untuk menampung sekitar 16 juta penumpang, Lapangan terbang Changi akan dapat mengendalikan 82 juta penumpang setahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Selain T4, ada lagi cara lain pacu S'pura sebagai hab penerbangan dunia

Ruang keberangkatan di Terminal 4 Lapangan Terbang Changi. (Gambar: Kenneth Lim)

Diterbitkan : 13 Aug 2017 06:54PM Dikemas Kini : 13 Aug 2017 06:55PM

SINGAPURA: Menjelang 2035, rantau Asia Pasifik dijangka menyumbang lebih tiga bilion penumpang pesawat setiap tahun, dipacu dengan meningkatnya golongan kelas pertengahan di Asia.

Ia juga satu khabar baik bagi Singapura yang mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu hab penerbangan utama di dunia ini.

Lapangan Terbang Changi dinobatkan Lapangan Terbang Terbaik di Dunia buat lima tahun berturut-turut namun persaingan bagi gelaran itu semakin sengit.

Menurut Pusat Penerbangan CAPA, sekitar AS$1 trilion (S$1.4 trilion) dijangka dibelanjakan bagi membangunkan lapangan terbang baru dan kerja-kerja naik taraf di merata dunia sedang lapangan terbang serantau memperluas dan menaik taraf pasarana masing-masing bagi memenuhi pertumbuhan ini.

Namun, para pakar berkata masih ada beberapa sebab mengapa Lapangan Terbang Changi akan mengekalkan kedudukannya.

"Lapangan terbang harus selamat, menjimatkan kos bagi syarikat penerbangan yang mahu mendarat di sini apabila ia dibandingkan dengan kos lapangan terbang lain," kata Dr Tan Khee Giap, pengarah bersama Institut Daya Saing Asia, sebuah Institut Strategi dan Daya Saing bagi kumpulan pemikir yang berkaitan dengan Universiti Harvard.

"Dan lapangan terbang - harus memberi orang ramai pengalaman yang baik. Ini adalah tiga ciri yang kami miliki dan tidak banyak lapangan terbang boleh menyainginya."

Kompleks dua tingkat Terminal 4 (T4) baru, yang bernilai S$985 juta, adalah "permata terbaru" Lapangan Terbang Changi.

Pada 2016, Lapangan Terbang Changi mengendalikan jumlah rekod penumpang sebanyak 58.7 juta orang - sekitar 8 peratus lebih banyak berbanding setahun sebelumnya.

Dengan keupayaan T4 untuk menampung sekitar 16 juta penumpang, Lapangan terbang Changi akan dapat mengendalikan 82 juta penumpang setahun. 

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan