Images
  • school classroom
    Gambar fail para pelajar dalam bilik darjah di sebuah sekolah di Singapura. (Gambar: TODAY/Ernest Chua)

Sekolah diberi kebebasan atur sistem operasi bagi tingkatkan mutu pendidikan

SINGAPURA: Merubah cara sebuah sistem sekolah beroperasi mungkin satu risiko besar. Namun sebuah sekolah menengah tempatan, iaitu Sekolah Menengah Boon Lay, ia bersedia mengambil risiko itu dengan menggantikan kelas-kelas tradisional.

Menurut sekolah itu perubahan tersebut membawa banyak manfaat seperti rekod kehadiran dan prestasi akademik lebih baik.

Di Sekolah Menengah Boon Lay, para pelajar tidak disatukan dalam kelas. Sebaliknya mereka dikumpulkan berdasarkan Kegiatan Ko-Kurikular (CCA) mereka yang bertindak sebagai unit keluarga di luar pelajaran subjek biasa.

Pengetuanya berkata sejak sistem ini diperkenalkan tahun lalu kehadiran pelajar naik dari sekitar 95% kepada hampir 100% setiap hari. Para pelajar juga datang tepat pada waktunya selain menunjukkan prestasi akademik lebih baik.

Jumlah kes disiplin yang serius seperti merokok, mencuri dan bergaduh pula merosot sekitar 7%.

Kementerian Pendidikan (MOE) menyatakan sekolah-sekolah tempatan mempunyai autonomi untuk membuat keputusan bagi mengatur kelas masing-masing.

Namun mereka perlu mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan seperti ibu bapa dan lembaga penasihat sekolah. 

- CNA/EM/aq

Top