Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sebahagian khidmat LRT Bukit Panjang digantung akibat masalah kereta api

Khidmat kereta api di beberapa bahagian LRT Bukit Panjang digantung akibat masalah kereta api. Demikian menurut SMRT hari ini (18 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Sebahagian khidmat LRT Bukit Panjang digantung akibat masalah kereta api

Para penumpang menunggu LRT di stesen Choa Chu Kang. (Gambar: mamidretomoe/ Twitter)

Diterbitkan : 18 Jan 2018 06:35PM Dikemas Kini : 18 Jan 2018 06:38PM

SINGAPURA: Khidmat kereta api di beberapa bahagian LRT Bukit Panjang digantung akibat masalah kereta api. Demikian menurut SMRT hari ini (18 Jan).

Stesen-stesen yang terjejas adalah antara stesen Choa Chu Kang dan Phoenix. Khidmat kereta api di laluan Bukit Panjang tidak terjejas.

SMRT menyatakan dalam catatan Facebooknya pada jam 4.10 petang bahawa kakitangan kejuruteraannya sedang menangani masalah itu.

Kiriman tweet daripada para penumpang menunjukkan bahawa kelengahan berlaku seawal 3.34 petang.

Seorang penumpang, Lee Shi Min, berkata kereta api yang dinaikinya tidak bergerak selama 10 minit.

Pada 4.08 petang, beliau mengirimkan satu lagi tweet mengenai "LRT yang rosak" dan SMRT "tidak membuat sebarang pengumuman".

Seorang lagi penumpang berkata beliau terkandas di LRT selama sekitar 20 minit dalam kiriman tweet pada jam 3.50 petang.

Cik Wong Chooi Yoke, 38 tahun, memberitahu Mediacorp bahawa ketika beliau sampai di stesen Jelapang pada 3.30 petang, terdapat sebuah kereta api di platform berkenaan. Namun, kereta api itu tidak bergerak, dan selepas 15 minit menunggu, beliau memutuskan untuk menaiki bas.

"Tiada pengumuman yang dibuat. Saya harus menelefon SMRT menggunakan interkom di mesin tiket... Tiada khidmat bas ulang-alik disediakan ketika saya meninggalkan stesen itu," kata Cik Wong.

SMRT mengirimkan satu lagi tweet pada 4.54 petang yang menyatakan bahawa masalah kereta api berjaya ditangani dan khidmat LRT Bukit Panjang kembali seperti sedia kala.

Khidmat bas percuma disediakan sehingga jam 5 petang, tambah SMRT.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan