Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SDP fail tuntutan mahkamah; cabar keputusan tiada pilihan raya kecil di GRC Marsiling-Yew Tee

Parti Demokratik Singapura (SDP) pada Rabu (13 Sep) menyatakan ia memfailkan tuntutan mahkamah di Mahkamah Tinggi.

Anggaran Waktu Membaca:
SDP fail tuntutan mahkamah; cabar keputusan tiada pilihan raya kecil di GRC Marsiling-Yew Tee

Para AP GRC Marsiling-Yew Tee Alex Yam, Lawrence Wong dan Ong Teng Koon bersama Cik Halimah Yacob. (Gambar: Justin Ong)

Diterbitkan : 14 Sep 2017 09:33AM Dikemas Kini : 14 Sep 2017 09:36AM

SINGAPURA: Parti Demokratik Singapura (SDP) pada Rabu (13 Sep) menyatakan ia memfailkan tuntutan mahkamah di Mahkamah Tinggi bagi mencabar keputusan Pemerintah tidak mengadakan pilihan raya kecil di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Marsiling-Yew Tee.

Ia menyatakan bahawa "Pemerintah harus" mengadakan pilihan raya kecil, selepas satu kerusi di GRC itu dikosongkan bulan lalu apabila Cik Halimah Yacob meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen (AP) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden.

Sebagai satu-satunya calon yang layak bertanding, beliau diisytiharkan bakal Presiden Singapura semalam selepas kertas-kertas penamaan calonnya didapati teratur.

Tiga lagi AP GRC Marsiling-Yew Tee - Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong dan juga Encik Ong Teng Koon dan Encik Alex Yam - berkata bahawa mereka akan secara bersilir ganti mengambil alih sesi bertemu penduduk Cik Halimah di Marsiling.

Encik Zaqy Mohamad, seorang AP GRC Chua Chu Kang, juga dilantik sebagai penasihat bagi pertubuhan-pertubuhan akar umbi di GRC Marsiling-Yew Tee.

Dalam kenyataannya, SDP merujuk kepada artikel dalam Perlembagaan yang menyatakan bahawa apabila kerusi seorang AP dikosongkan atas apa-apa sebab selain pembubaran Parlimen, "ia harus diisikan dengan pilihan raya yang diperuntukkan atau di di bawah mana-mana undang-undang berkaitan dengan pilihan raya Parlimen."

SDP menambah: "PAP yang memandatkan setiap GRC disertai dengan sekurang-kurangnya satu wakil kaum minoriti. Namun PAP juga yang membuat keputusan jika seorang anggota minoriti meletak jawatan, tidak perlu menggantikan beliau melalui pilihan raya kecil." 

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan