Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Schneider Electric rasmikan hab kajian dan pembangunan Asia Timur dan Jepun di S'pura

Syarikat berbilang negara Perancis, Schneider Electric merasmikan ibu pejabatnya yang baru bagi Asia Timur dan Jepun di Singapura pada Khamis (29 Mac), sekaligus menjadikannya hab daya inovasi berskala besar pertama syarikat itu di Asia.

Anggaran Waktu Membaca:
Schneider Electric rasmikan hab kajian dan pembangunan Asia Timur dan Jepun di S'pura

Schneider Electric rasmikan hab kajian dan pembangunan Asia Timur dan Jepun di S'pura. (Gambar: Schneider Electric)

Diterbitkan : 29 Mar 2018 10:18PM Dikemas Kini : 29 Mar 2018 10:19PM

SINGAPURA: Syarikat berbilang negara Perancis, Schneider Electric merasmikan ibu pejabatnya yang baru bagi Asia Timur dan Jepun di Singapura pada Khamis (29 Mac), sekaligus menjadikannya hab daya inovasi berskala besar pertama syarikat itu di Asia.

Terletak di 50 Kallang Avenue, ibu pejabat baru itu akan menerajui usaha serantau syarikat berkenaan dalam kajian dan pembangunan.

Schneider Electric pada masa ini menggajikan lebih 30 saintis kajian dan jurutera, serta lebih 1,200 pekerja di Singapura.

Di majlis perasmiannya pada Khamis, Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam mengalu-alukan langkah berkenaan sebagai "contoh bagaimana syarikat-syarikat menerajui daya inovasi".

Encik Tharman mengumumkan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) Singapura akan menjadi rakan syarikat Schneider sebagai sebahagian daripada Inisiatif Pembangunan Kepimpinan SkillsFuture EDB bagi melancarkan Program Generasi Tenaga - X, sebuah program pelatih pengurusan bagi siswazah Universiti Teknologi Nanyang dan Universiti Nasional Singapura.

Program berkenaan merangkumi tugasan di luar negara di salah sebuah hab global Schneider yang lain.

Syarikat tersebut kini bekerjasama dengan 50 perusahaan kecil dan sederhana tempatan seperti Sanwa Group, GP Manufacturing dan Microcast, dalam pelbagai program operasi dan pendigitalan.

Schneider Electric memilih Singapura kerana negara ini adalah "platform sangat berkesan", dedah pengerusi Schneider dan ketua pegawai eksekutif syarikat itu, Jean-Pascal Tricoire.

Langkah berkenaan meningkatkan kakitangannya dalam kajian dan pembangunan kepada lebih 100 orang. Schneider Electric baru-baru ini menubuhkan sebuah pasukan 10 anggota dalam kajian huraian mesin dan pembangunan, iaitu salah satu daripada empat pasukan seumpama itu di peringkat global.

CIRI ELEKTRIK HIBRID, BANGUNAN BIJAK

Selaras dengan matlamatnya menjadi "berkecuali karbon" menjelang tahun 2030, ibu pejabat baru itu mendapatkan bekalan elektriknya dari sistem yang dijana daripada panel-panel suria.

Ia juga bangunan pejabat pertama yang layak bagi Anugerah Platinum 'Green Mark' Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA), di bawah garis pandu terbarunya.

Syarikat itu juga membelanjakan S$23 juta bagi melengkapi ibu pejabat baru itu dengan kemudahan pengurusan bangunan bijak.

Pelaburan terbaru itu susulan pengumuman yang dibuat syarikat itu pada tahun 2015 bahawa ia akan melabut 65 juta euro (S$102 juta) di Singapura dalam masa beberapa tahun akan datang dan mengukuhkan kedudukannya di negara itu.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan