Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SCDF bunyikan isyarat Mesej Penting pada Hari Pertahanan Mutlak 15 Feb ini

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan membunyikan isyarat 'Mesej Penting' melalui semboyan Sistem Amaran Awam (PWS) di merata negara pada 6.20 petang Khamis (15 Feb) sebagai sebahagian daripada Hari Pertahanan Mutlak (TD).

Anggaran Waktu Membaca:
SCDF bunyikan isyarat Mesej Penting pada Hari Pertahanan Mutlak 15 Feb ini

Gambar fail pegawai SCDF. (Gambar: Twitter / SCDF)

Diterbitkan : 13 Feb 2018 01:24PM Dikemas Kini : 13 Feb 2018 01:27PM

SINGAPURA: Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan membunyikan isyarat 'Mesej Penting' melalui semboyan Sistem Amaran Awam (PWS) di merata negara pada 6.20 petang Khamis (15 Feb) sebagai sebahagian daripada Hari Pertahanan Mutlak (TD).

"Jangan cemas dengan latihan selama seminit ini," menurut SCDF dalam kenyataan medianya yang dikeluarkan hari ini.

Isyarat itu juga akan dibunyikan pada semua telefon bimbit yang sudah memuat turun aplikasi SGSecure yang tidak diletakkan dalam mod senyap atau getaran. Isyarat itu akan berhenti selepas 20 saat atau sesudah mesej itu diterima dan pengguna akan menerima teks ringkas mengenai isyarat PWS itu, menurut SCDF.

PWS akan dibunyikan tepat jam 6.20 petang pada 15 Februari bagi menandakan detik tentera British menyerah diri kepada askar Jepun pada 1942.

"Isyarat ini penting bagi memperingati detik bersejarah itu. Ia juga menekankan pentingnya persiapan Singapura dalam mempertahankan negara ini," tegas SCDF.

Lebih banyak maklumat mengenai isyarat PWS boleh didapatkan di laman SCDF.

Sumber : CNA/AW/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan