Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SCDF akan bunyikan isyarat di seluruh S'pura esok

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan membunyikan isyarat "Mesej Penting" menerusi semboyan Sistem Amaran Awam (PWS) di serata negara esok (15 Sep), jam 6.20 petang.

Anggaran Waktu Membaca:
SCDF akan bunyikan isyarat di seluruh S'pura esok

Gambar fail kenderaan dan peralatan SCDF.

Diterbitkan : 14 Sep 2018 10:26AM Dikemas Kini : 14 Sep 2018 10:27AM

SINGAPURA: Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan membunyikan isyarat "Mesej Penting" menerusi semboyan Sistem Amaran Awam (PWS) di serata negara esok (15 Sep), jam 6.20 petang.

"Orang ramai dinasihati supaya jangan cemas apabila isyarat selama seminit itu dibunyikan," menurut SCDF hari ini (14 Sep).

Isyarat itu juga akan dibunyikan pada semua telefon bijak yang memuat turun aplikasi SGSecure sekiranya bunyi telefon tidak dimatikan atau diletakkan pada 'vibration mode'. Isyarat itu akan dihentikan selepas 20 saat atau setelah ia diiktiraf, dan pengguna akan menerima mesej ringkas pada telefon bimbit mereka tentang isyarat PWS itu, tambah SCDF.

Ketika isyarat itu dibunyikan, orang ramai boleh mengikuti mana-mana siaran stesen radio tempatan bagi mendengar mesej ringkas mengenai PWS.

Dijalankan setiap tahun, latihan ini sebahagian daripada usaha SCDF untuk membiasakan orang ramai dengan isyarat-isyarat PWS serta meningkatkan kesedaran tentang tindakan yang perlu diambil apabila mendengar isyarat itu.

Orang ramai boleh melungusuri laman SCDF untuk mengetahui lebih lanjut tentang isyarat PWS. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan