Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SAF sokong sidang ASEAN; operasi bersama bagi lindungi S'pura

Menjelang sidang puncak ASEAN ke-33 yang akan berlangsung di Singapura pada minggu depan, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dipersiapkan untuk memastikan tahap keselamatan tertinggi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Nov 2018 08:30PM Dikemas Kini : 09 Nov 2018 10:45PM

SINGAPURA: Menjelang sidang puncak ASEAN ke-33 yang akan berlangsung di Singapura pada minggu depan, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dipersiapkan untuk memastikan tahap keselamatan tertinggi.

Pasukan SAF akan menjalankan operasi bersama yang melibatkan lebih 40 aset kementerian dan 1,600 kakitangan daripada pelbagai pasukan.

Bagi melindungi kawasan perairan, polis pengawal pantai akan menjalankan rondaan di pelabuhan berdekatan Bendungan Marina manakala dua kapal tentera laut akan melindungi kawasan luar.

Sebuah helikopter dan kenderaan udara tanpa pemandu juga akan mengawasi kawasan perairan.

Pasukan keselamatan laut akan memeriksa kesemua kapal-kapal di pelabuhan menjelang sidang puncak itu.

Di ruang udara pula, sekurang-kurangnya sebuah kapal terbang akan dikerahkan pada waktu kritikal.

Lebih banyak unit pertahanan udara di darat juga akan dikerahkan bagi memastikan tahap persediaan yang tinggi sepanjang masa.

Sumber : CNA/HA/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan