Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura ungguli ranking sasaran kesihatan PBB

Para pengkaji mengukur 37 penanda SDG berkaitan kesihatan dari 1990 hingga 2016 bagi setiap negara dan kemudian meramalkan penanda bagi 2030.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura ungguli ranking sasaran kesihatan PBB

Gambar fail Hotel Marina Bay Sands di Singapura. (Gambar: REUTERS/Edgar Su)

Diterbitkan : 14 Sep 2017 02:56PM Dikemas Kini : 14 Sep 2017 02:59PM

SINGAPURA: Singapura kian menghampiri sasaran berkaitan kesihatan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berbanding negara-negara lain, menurut satu semakan kesihatan global yang dikeluarkan pada Rabu (13 Sep).

Diterbitkan jurnal perubatan The Lancet, kajian itu meletakkan Singapura di tempat pertama di kalangan 188 negara, dari segi kemajuan memenuhi Sasaran Pembangunan Mampan (SDG) berkaitan kesihatan - sasaran kesihatan termasuk sasaran kadar kematian bayi, menghisap rokok, vaksin, perlindungan kesihatan universal dan kadar penyakit seperti batuk kering dan malaria, antara lain.

Para pengkaji mengukur 37 penanda SDG berkaitan kesihatan dari 1990 hingga 2016 bagi setiap negara dan kemudian meramalkan penanda bagi 2030.

Singapura mengatasi negara-negara Nordik seperti Iceland dan Sweden dengan markah keseluruhan sebanyak 87 daripada 100.

Ketiga-tiga negara itu sebelum ini mengongsii tempat pertama dalam tinjauan tahun lalu.

Negara-negara corot termasuk Somalia, Republik Afrika Tengah dan Afghanistan, dengan ketiga-tiga negara hanya mendapat 11 daripada 100 markah. 

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan