Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura tetap bersikap tegas tentang gejala dadah, kata K Shanmugam

Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang, K Shanmugam, berkata Singapura tetap tidak akan bertolak ansur dalam soal dadah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Sep 2018 12:36AM Dikemas Kini : 16 Sep 2018 12:38AM

SINGAPURA: Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang, K Shanmugam, berkata Singapura tetap tidak akan bertolak ansur dalam soal dadah.

Encik Shanmugam menegaskan demikian meskipun adanya perubahan pendirian menjadi lebih lembut terhadap dadah di Amerika Syarikat.

Beliau berkata krisis dadah yang sedang dihadapi Amerika menunjukkan bahawa jika Singapura tidak tegas dalam tindakannya, gejala salah guna dadah boleh memecahbelahkan masyarakat.

Beliau berkata demikian di acara penyampaian anugerah Reben Kuning kepada 400 sukarelawannya.

SALAH GUNAKAN DADAH 'METH' SEBAB RASA KESUNYIAN

Adam, yang berusia 47 tahun, menyalah guna dadah 'meth' selama lebih 10 tahun dan ditangkap tahun lalu.

Adam, bagaimanapun, sudah dibebaskan dari pusat pemulihan dadah tetapi menghadapi masalah untuk memulakan hidup baru.

"Sebenarnya saya ambil dadah dah lama, 10 tahun yang lepas, sesetengahnya sebab saya punya keluarga dan sebab saya kesunyian sebab itu saya ambil ini benda," kata Adam.

Setiap tahun, sekitar 9,000 orang dimasukkan ke penjara atas kesalahan dadah. 80 peratus daripada mereka merupakan pesalah berulang, menyebabkan keluarga mereka merana. Malah, ia juga menjejas masyarakat.

Lantaran itu, Encik Shanmugam mempertahankan sikap tegas Singapura menentang dadah kerana ia masih menimbulkan ancaman.

Semasa acara itu, beliau turut mendedahkan pek yang mengandungi baucar serta barangan makanan bernilai kira-kira $50 bagi keluarga-keluarga pesalah dadah.

Sumber : CNA/UR/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan