Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura siasat 2 firma tempatan dituduh bekalkan barangan mewah ke Korea Utara

Pihak berkuasa Singapura sudah mula menyiasat dua syarikat yang berpangkalan di negara ini yang dituduh membekalkan barangan mewah ke Korea Utara yang mencabuli sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menurut Kementerian Ehwal Luar hari ini (14 Mac). 

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura siasat 2 firma tempatan dituduh bekalkan barangan mewah ke Korea Utara

Alamat OCN di Joo Chiat Road yang kini digunakan syarikat khidmat perkahwinan Lagun Sari. (Gambar: Tang See Kit)

Diterbitkan : 14 Mar 2018 05:14PM Dikemas Kini : 14 Mar 2018 05:16PM

SINGAPURA: Pihak berkuasa Singapura sudah mula menyiasat dua syarikat yang berpangkalan di negara ini yang dituduh membekalkan barangan mewah ke Korea Utara yang mencabuli sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menurut Kementerian Ehwal Luar hari ini (14 Mac).

"Pihak berkuasa kami sudah mula siasatan terhadap syarikat-syarikat ini. Namun demikian, kita tidak boleh memberikan maklumat lanjut kerana siasatan sedang dijalankan," kata seorang jurucakap MFA semasa memberikan respons kepada pertanyaan Mediacorp.

"Singapura akan terus bekerjasama rapat dan dengan bantuan panel PBB dalam siasatan ini."

Kedua-dua syarikat yang terlibat adalah OCN dan T Specialist, anak syarikat yang berkongsi pengarah yang sama.

Menurut laporan BBC semalam (13 Mac), menukil draf laporan PBB yang dibocorkan, urus niaga bernilai lebih AS$2 juta (S$2.62 juta) antara 2011 dengan 2014 yang disalurkan dari akaun yang disediakan, dibuka oleh kedua-dua syarikat di sebuah bank di Korea Utara, Daedong Credit Bank, ke akaun bank T Specialist di Singapura.

Urus niaga tersebut dipercayai hasil pendapatan dari penjualan barangan di Korea Utara.

Laporan muktamad PBB, yang diserahkan ke Majlis Keselamatan PBB, dijangka diterbitkan lewat minggu ini, tambah BBC. Berdasarkan sekatan PBB, pembekalan barangan mewah secara langsung atau tidak, adalah diharamkan.

MFA menyatakan hari ini bahawa Singapura mengambil tanggungjawab di bawah Ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSCR) "secara serius" dan "menjalankannya dengan rapi".

"Kita adalah salah satu negara yang menyerahkan Laporan Penguatkuasaan Kebangsaan kepada UNSC dengan tepat," kata jurucakap MFA.

"Singapura tidak akan ragu-ragu untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu atau entiti yang melanggar undang-undang dan peraturan kami yang menjejaskan UNSCR."

MFA, MAS TINGKATKAN PENYELIAAN

Dengan sekatan PBB yang lebih ketat lagi ke atas Korea Utara, bank pusat Singapura mempertingkatkan lagi penyeliaannya ke atas institusi-institusi kewangan (FI).

MFA menyatakan: "Singapura tidak membenarkan institusi-institusi kewangan kami daripada memberikan bantuan kewangan atau memudahkan perdagangan dengan DPRK, dan memastikan mereka untuk kekal berwaspada daripada meluaskan pendanaan."

Bank pusat Singapura semalam mendedahkan kepada Mediacorp bahawa is "menjalankan penyeliaan di lokasi untuk melawat bank-bank yang dikenal pasti menerusi maklumat risikan yang diterima, atau semakan MAS terhadap urus niaga yang luar biasa".

Singapura "terus mempertingkatkan" usaha menangani usaha kenaikan, khususnya yang dikaitkan dengan Korea Utara, menurut MFA.

"Menerusi Peraturan Import dan Eksport, kita sudah mewartakan pengharaman import, eksport, membawa bekalan masuk atau persinggahan menerusi Singapura barangan yang diharamkan UNSCR, termasuk barangan mewah dan barangan perdagangan secara komersil yang diimport, dieksport dan dibekalkan atau dibawa masuk untuk pesinggahan ke atau dari DPRK.

"Kita juga menyekat pengesahan pekerjaan bagi warga DPRK berdasarkan UNSCR," menurut MFA. 

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan