Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura sasar lebih banyak pungutan emas bagi Sukan Para ASEAN

Pasukan Singapura menyasarkan untuk meningkatkan pungutan tujuh pingat emas di Myanmar tiga tahun lalu, pada Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (APG) yang dijadual pada 17 hingga 23 September.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura sasar lebih banyak pungutan emas bagi Sukan Para ASEAN

Kontinjen Team Singapore yang akan beraksi dalam Sukan Para ASEAN, berangkat untuk ke temasya sukan ke-9. (Gambar: Junn Loh)

Diterbitkan : 13 Sep 2017 11:10PM Dikemas Kini : 13 Sep 2017 11:12PM

SEPANG: Pasukan Singapura menyasarkan untuk meningkatkan pungutan tujuh pingat emas di Myanmar tiga tahun lalu, pada Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (APG) yang dijadual pada 17 hingga 23 September.

Chef de Mission (CDM) pasukan itu, Cik Shirley Low berkata selepas semua kerja keras semasa fasa persediaan, kesemua atlit amat bermotivasi memandangkan pada edisi kali ini mereka membawa kontinjen terbesar dengan sejumlah 90 atlit yang akan bersaing dalam 11 jenis sukan.

“Kami ada 90 atlit yang benar-benar teruja untuk memulakan APG dan memandangkan ini adalah kontinjen terbesar, kami menjangkakan untuk memberikan persembahan terbaik dalam setiap jenis sukan bagi memperbaiki pungutan tujuh pingat emas yang kami raih pada 2014.

Saya rasa para atlit berlatih bersungguh-sungguh. Saya sangat kagum dengan disiplin mereka kerana saya meninjau setiap sukan semasa latihan dan mereka sangat teruja untuk datang ke Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas ketibaan pasukan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Cik Shirley berkata 21 daripada 90 atlit, adalah muka baharu dan mereka akan membuat kemunculan buat pertama kali pada temasya sukan dwitahunan tahun ini.

Beliau berkata, selain berpeluang merasai suasana persaingan antarabangsa, APG juga merupakan platform terbaik untuk semua peserta mendapat pengalaman berharga yang memberi impak positif dalam perjalanan hidup mereka sebagai atlt.

“Sudah tentu, ia memberi pengalaman baharu buat mereka dan temasya sukan ini sangat baik untuk pembangunan mereka sebagai seorang atlit untuk bersaing di platform antarabangsa pada masa depan,” katanya.

Sumber : Bernama/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan