Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura negara Asia terbaik sokong amalan kebajikan

Demikian menurut tinjauan yang pertama kali dijalankan mengenai amalan dermawan dari kalangan masyarakat Asia.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Jun 2018 10:39PM Dikemas Kini : 21 Jun 2018 10:43PM

SINGAPURA: Singapura tersenarai sebagai negara Asia terbaik bagi dasar-dasar yang menyokong amalan kebajikan.

Antaranya, memberikan para penderma potongan cukai pendapatan yang besar.

Demikian menurut tinjauan yang pertama kali dijalankan mengenai amalan dermawan dari kalangan masyarakat Asia.

Namun Singapura juga mengalami cabaran dalam menarik bakat ke sektor perkhidmatan sosial.

Indeks Doing Good 2018 dibentangkan oleh Institut Kepimpinan Masyarakat SMU dan Pusat Filantropi Asia.

Ia meninjau insentif cukai dalam 15 ekonomi Asia, rejim undang-undang, tatacara pemerolehan serta keadaan sekitaran budaya.

Hasil tinjauan itu menunjukkan Singapura bersama negara-negara seperti Jepun dan Taiwan dilaporkan mempunyai sekitaran yang kondusif bagi amalan baik.

Salah satu sebabnya adalah pemberian rebat cukai yang agak besar di mana Singapura muncul di tangga teratas berbanding negara-negara Asia lain.

Singapura juga menjadi satu-satunya negara di dunia yang memberikan 250% potongan bagi kedua-dua individu dan syarikat yang menyumbang kepada badan-badan amal dan kebajikan.

Bagaimanapun 85% badan amal dan kebajikan di sini dilaporkan menghadapi kesukaran dalam mendapatkan para pekerja berkemahiran - lebih tinggi daripada sekitar 60% hingga 70% di negara-negara lain.  

Sumber : CNA/NT/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan