Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura kemukakan 'bantahan keras' terhadap peluasan had pelabuhan Johor Bahru

Singapura mengemukakan "bantahan keras" terhadap langkah kerajaan Malaysia untuk meluaskan lagi had pelabuhan Johor Bahru "menerusi cara yang menceroboh perairan Singapura dekat Tuas". 

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura kemukakan 'bantahan keras' terhadap peluasan had pelabuhan Johor Bahru

Sebuah kapal berlayar memasuki Selat Singapura. (Gambar: Henning Gloystein/Reuters)

Diterbitkan : 04 Dec 2018 07:57PM Dikemas Kini : 04 Dec 2018 08:01PM

SINGAPURA: Singapura mengemukakan "bantahan keras" terhadap langkah kerajaan Malaysia untuk meluaskan lagi had pelabuhan Johor Bahru "menerusi cara yang menceroboh perairan Singapura dekat Tuas". Demikian menurut Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam satu kenyataan media hari ini (4 Dis).

Perubahan terhadap had pelabuhan diumumkan menerusi Warta Kerajaan Persekutuan Malaysia pada 25 Okt 2018, dalam satu dokumen yang diterbitkan oleh Pejabat Peguam Negara.

Singapura menyatakan bahawa ia sudah meminta agar Malaysia mengelak daripada mengambil tindakan lanjut secara sehala, dan meminta agar pemberitahuan warta itu dipinda "demi mencerminkan kedaulatan Singapura berhubung perairan yang dipersoalkan itu".

Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) sudah mengeluarkan kenyataan pada 30 Nov, mengarahkan para pengemudi dan pemilik kapal untuk tidak menghiraukan pemberitahuan warta oleh Malaysia itu.

Kementerian Pengangkutan Singapura menambah bahawa kapal-kapal Malaysia - dari Agensi Penguatkuasa Maritim dan Jabatan Laut Malaysia - sudah beberapa kali menceroboh perairan Singapura di Tuas sejak dua minggu lalu.

"Singapura sudah membantah pergerakan-pergerakan yang tidak sah itu, dan dakwaan-dakwaan mengakui kedaulatan oleh kapal-kapal itu, yang bercanggah dengan undang-undang antarabangsa," menurut MOT dalam satu kenyataan.

Menurut Kementerian Pengangkutan Singapura lagi, tindakan Malaysia adalah "satu pencabulan serius terhadap kedaulatan Singapura dan undang-undang antarabangsa".

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan