Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, Kazakhstan meterai perjanjian perkukuh kerjasama ekonomi

Singapura dan Kazakhstan memeterai Perjanjian Pelaburan Dua Hala bagi mengukuhkan kerjasama ekonomi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Nov 2018 07:47PM Dikemas Kini : 21 Nov 2018 09:11PM

SINGAPURA: Singapura dan Kazakhstan memeterai Perjanjian Pelaburan Dua Hala bagi mengukuhkan kerjasama ekonomi.

Ia dimeterai semasa lawatan kerja selama dua hari yang dilakukan oleh Perdana Menteri Kazakhstan Bakytzhan Sagintayev ke negara ini.

Perjanjian itu dimeterai oleh Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan, Koh Poh Koon, bersama Menteri Pelaburan dan Pembangunan Khazakhstan, Zhenis Kassymbek, di Istana.

Ia akan melancarkan lagi aliran modal antara kedua-dua negara dan melindungi kepentingan para pelabur bagi menggalakkan mereka supaya merebut peluang yang ada di negara satu sama lain.

Selain itu, perjanjian tersebut mengandungi peraturan mengenai layanan yang harus diberikan kepada pelaburan dari kedua-dua negara. 

Sumber : CNA/SS/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan