Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, Jordan sahkan hubungan dua hala erat dan lama terjalin

Singapura dan Jordan mengesahkan hubungan dua hala yang erat, kukuh dan yang sudah lama terjalin antara kedua-dua negara semasa mesyuarat antara Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean dengan Raja Jordan, Raja Abdullah II Bin Al Hussein pada Isnin (15 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura, Jordan sahkan hubungan dua hala erat dan lama terjalin

Timbalan Perdana Menteri, Teo Chee Hean bersama Raja Jordan, Raja Abdullah II Bin Al Hussein. (Gambar: MCI)

Diterbitkan : 16 Oct 2018 10:39AM Dikemas Kini : 16 Oct 2018 10:44AM

SINGAPURA: Singapura dan Jordan mengesahkan hubungan dua hala yang erat, kukuh dan yang sudah lama terjalin antara kedua-dua negara semasa mesyuarat antara Timbalan Perdana Menteri, Teo Chee Hean dengan Raja Jordan, Raja Abdullah II Bin Al Hussein pada Isnin (15 Okt).

DPM Teo, yang melakukan lawatan ke Jordan dari 14 hingga 15 Oktober, mengadakan pertemuan dengan Raja Abdullah II bagi membincangkan bagaimana untuk mempertingkatkan kerjasama dalam pelbagai sektor serta saling mengongsi amalan terbaik dalam usaha memperkukuhkan perpaduan sosial, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan media.

Kedua-dua pemimpin juga saling bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan serantau di Timur Tengah dan Asia.

Semasa lawatannya ke Jordan, DPM Teo mengunjungi Universiti Jordan di mana beliau mengadakan pertemuan dengan presiden universiti itu, Dr Abdel-Kareem Al-Qudah.

"Kedua-dua pihak mengalu-alukan jumlah pelajar rakyat Singapura yang semakin meningkat yang menuntut di universiti tersebut serta membincangkan kerjasama dalam bidang pendidikan Islam," menurut kenyataan PMO itu, yang turut menyatakan bahawa DPM Teo mengunjungi Fakulti Syariah universiti berkenaan dan berinteraksi bersama kakitangan fakulti dan para pelajar semasa lawatannya itu.

Sekitar 50 pelajar rakyat Singapura sedang menuntut di universiti tersebut.

Semasa lawatan itu, DPM Teo juga mengadakan jamuan tengah hari dengan para pemimpin kanan perniagaaan rakyat Jordan, di mana mereka membincangkan perkembangan ekonomi negara itu. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa terdapat potensi untuk syarikat-syarikat Singapura bekerjasama dalam pasaran-pasaran serantau.

Pada sebelah petang pula, DPM Teo menghadiri sesi perbincangan panel dan majlis jamuan bersama lebih 120 rakyat Singapura yang sedang menuntut di Jordan, di mana mereka saling bertukar-tukar pandangan mengenai isu sosial dan perkembangan di Singapura.

Di acara itu, DPM Teo turut menarik peratian mengenai peranan penting yang dimainkan oleh para pelajar tersebut dalam menyumbang kepada masyarakat.

DPM Teo yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara melakukan lawatan ke Jordan, diiringi Menteri Sekitaran dan Sumber Air merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli, Setiausaha Parlimen Kanan Ehwal Luar merangkap Perdagangan dan Perusahaan Dr Tan Wu Meng, serta para pegawai dari Kementerian Ehwal Luar dan agensi-agensi lain. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan