Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura harus sentiasa melihat penakatannya dari sudut jangka panjang - Ong Ye Kung

Sebagai sebuah negara kecil tanpa sumber semula jadi, Singapura harus sentiasa melihat penakatannya dari sudut jangka panjang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Sep 2018 09:17PM Dikemas Kini : 14 Sep 2018 09:43PM

SINGAPURA: Sebagai sebuah negara kecil tanpa sumber semula jadi, Singapura harus sentiasa melihat penakatannya dari sudut jangka panjang.

Menteri Pendidikan Ong Ye Kung berkata demikian, di pembukaan Sidang Puncak Singapura, siang tadi (14 Sep).

Menggariskan empat cara pemerintah sedang mencipta semula Singapura, Encik Ong menjelaskan peri pentingnya pembangunan bagi jangka masa panjang.

Pertama untuk mengekalkan kesegaran dan menjadikan suasana lebih hidup,
dengan meningkatkan prasarana komersil dan membangunkan semula estet-estet perumahan awam.

Encik Ong juga menyentuh tentang perlunya menghasilkan enjin-enjin ekonomi yang baru serta mengutamakan pelaburan berkekalan dalam R&D.

Mengenai isu-isu yang menjejas penduduk Singapura, Encik Ong bercakap
tentang perlunya meningkatkan keupayaan jagaan kesihatan bagi menyokong penduduk yang semakin menua.

Menurut perangkaan, jumlah penduduk yang berusia 65 tahun ke atas akan naik seganda kepada 900,000 menjelang 2030.

Encik Ong juga mengulangi keperluan mencipta semula landskap pendidikan, bagi membentuk generasi masa depan dan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat. 

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan