Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura harus kekal relevan dalam pembangunan Negara Bijak, tegas Lawrence Wong

Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong berkata walaupun Singapura mengikuti trend ke arah Negara Bijak, ia tidak boleh berpuas hati, sebaliknya mesti terus berusaha giat untuk kekal relevan.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura harus kekal relevan dalam pembangunan Negara Bijak, tegas Lawrence Wong

Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 19 Jun 2018 05:16PM Dikemas Kini : 19 Jun 2018 05:33PM

NEW DELHI: Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong berkata walaupun Singapura mengikuti trend ke arah Negara Bijak, ia tidak boleh berpuas hati, sebaliknya mesti terus berusaha giat untuk kekal relevan.

Encik Wong berkongsi pengalaman Singapura membangun sebagai sebuah Negara Bijak di Sidang Growth Net di New Delhi, India.

Beliau membentangkan bidang-bidang keutamaan yang diusahakan Singapura termasuk memanfaatkan teknologi bagi meningkatkan perancangan bandar.

Ia juga berusaha giat ke arah pembangunan mampan dan transformasi sistem pengangkutan, selain menggunakan teknologi maklumat (IT) bagi memperbaiki pengurusan dan penyenggaraan bandar.

Encik Wong juga menarik perhatian tentang cabaran-cabaran yang dihadapi Singapura.

Ini termasuk kawasan permukaan yang terbatas bagi pembangunan dan bagaimana pemerintah sedang meninjau ruang bawah tanah untuk pembangunan seterusnya.

Rancangan lain termasuk usaha mengutamakan kehijauan di seluruh negara dan reka bentuk lebih bagi pusat-pusat bandar.

Sumber : CNA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan