Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura dianggap hab penting Alibaba Cloud

Syarikat Alibaba Cloud hari ini melancarkan tawaran sembilan produk baru untuk menyokong tranformasi digital sejagat pelbagai perusahaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Aug 2018 10:07PM Dikemas Kini : 15 Aug 2018 10:20PM

SINGAPURA: Syarikat Alibaba Cloud hari ini melancarkan tawaran sembilan produk baru untuk menyokong tranformasi digital sejagat pelbagai perusahaan.

Pelancaran yang julung-julung kalinya diadakan di Sidang Puncak Alibaba Cloud di sini pada Rabu (15 Ogos) membuktikan tumpuan syarikat China itu terhadap pasaran runcit Asia Pasifik.

Singapura pula dilihat sebagai hab penting baginya.

Sembilan produk baru itu termasuk seni bina cloud dan keselamatan. Ia bertujuan membantu para peniaga menggunakan sumber mereka dengan lebih berkesan, dan mendapat pandangan pengguna yang lebih baik.

Teknologi yang ada, menurut Alibaba Cloud, dapat memberi perlindungan kepada pengguna daripada penipuan.

Satu memorandum persefahaman juga dimeterai dengan Universiti Nasional Singapura (NUS) bagi memberi peluang kerja sambil belajar dengan Alibaba Cloud.

Sumber : CNA/AA/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan