Images
  • singapore skyline
    (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

S'pura dan Indonesia ambil tindakan terhadap pengelak cukai

SINGAPURA: Singapura dan Indonesia sedang menjalankan gerakan terhadap pengelak cukai.

Menurut Kementerian Kewangan, kedua-dua negara akan mula bertukar-tukar data pembayar cukai menjelang hujung bulan ini menerusi Pertukaran Maklumat Automatik atau AEOI.

Menerusi perjanjian itu, pihak berkuasa Singapura dan Indonesia boleh memperoleh data akaun bank, hasil pendapatan dan simpanan bagi mengesan kegiatan mengelakkan cukai.

Contohnya, pihak berkuasa Indonesia boleh memeriksa aset tidak diisytiharkan yang dipegang oleh rakyatnya di Singapura.

Pihak berkuasa Singapura juga boleh melakukan yang sama terhadap rakyat Singapura yang mempunyai aset di Indonesia.

Singapura membentuk hampir 70 peratus aset luar negara yang dipegang rakyat Indonesia. 

- CNA/MM/na

Top