Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura "dalam keadaan baik" untuk manfaatkan perubahan digital sedunia - S Iswaran

Singapura "dalam keadaan baik" untuk memanfaatkan perubahan digital sedunia, jika langkah yang sewajarnya diambil demi membina keupayaan di kalangan perusahaan dan individu, kata Encik S Iswaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Aug 2018 11:03PM Dikemas Kini : 14 Aug 2018 11:07PM

SINGAPURA: Singapura "dalam keadaan baik" untuk memanfaatkan perubahan digital sedunia, jika langkah yang sewajarnya diambil demi membina keupayaan di kalangan perusahaan dan individu.

Demikian menurut Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran pada Selasa (14 Ogos) dalam satu wawancara eksklusif bersama Mediacorp.

Tambah Encik Iswaran, anak kunci ke arah mencapai usaha itu adalah dengan meyakinkan orang ramai dan juga para peniaga bahawa penggunaan digital adalah satu usaha yang berharga.

PENDIGITALAN MELUAS

Pemerintah merancang untuk meluaskan usaha pendigitalan ke daerah-daerah warisan seperti Chinatown dan Little India, serta dua pusat beli-belah kejiranan, selain kawasan Kampong Gelam.

Encik Iswaran berkata matlamat utama adalah untuk membina masa depan Singapura yang berdaya digital di mana setiap orang berupaya untuk menyertai secara aktif daya usaha tersebut.

Singapura akan melakukannya dengan melabur dalam keupayaan dan bakat rakyatnya.

ANCAMAN TIDAK MENJADI PENGHAMBAT

Usaha itu juga katanya tidak boleh dihambat oleh ancaman serangan siber.

Beliau menambah, menyusuli serangan siber baru-baru ini, pemerintah sedang berusaha mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap sistem IT kita.

"Kita tidak seharusnya membenarkan insiden-insiden seperti itu membuat kita tunduk atau menghalang kita daripada meneruskan hala tuju kita. Ini kerana hala tuju itu akan membuka peluang-peluang bagi generasi hari ini dan generasi rakyat Singapura akan datang," kata Encik Iswaran. 

Sumber : CNA/MM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan