Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura buka bank biji benih pertama tahun depan, simpan lebih 25,000 spesies

Singapura dijangka membuka bank biji benih pertama negara ini menjelang suku ketiga tahun depan, bagi pemuliharaan spesies tanaman yang terancam di rantau ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Apr 2018 03:54PM Dikemas Kini : 21 Apr 2018 09:37PM

SINGAPURA: Singapura dijangka membuka bank biji benih pertama negara ini menjelang suku ketiga tahun depan, bagi pemuliharaan spesies tanaman yang terancam di rantau ini.

Kemudahan khas itu - yang terletak di Kebun Bunga Singapura - akan mempunyai keupayaan untuk menyimpan sehingga 25,000 spesies tanaman, termasuk bunga orkid yang sukar didapati serta tumbuhan-tumbuhan asli. Demikian diumumkan oleh Lembaga Taman Negara (NParks) hari ini (21 Apr).

Jumlah yang mampu disimpannya sekitar setengah daripada jumlah biji benih spesies tanaman di rantau ini. Ia juga hampir dua kali ganda lebih banyak berbanding jumlah biji benih di Kebun Bunga Singapura, yang mempunyai sekitar 9,000 spesies.

Apabila ditubuhkan nanti, bank itu bermatlamat untuk menyimpan 100 koleksi biji benih setiap tahun.

"Pada masa akan datang, spesies-spesies tanaman yang kami ketahui buat masa ini mungkin tidak akan wujud lagi kerana pelbagai faktor seperti perubahan iklim dan jangkitan penyakit," kata Menteri Pembangunan Negara Encik Lawrence Wong, yang mengumumkan inisiatif itu di majlis pelancaran Pertunjukan Festival Orkid Kebun Singapura di Kebun Bunga Singapura.

"Jadi, bank ini seperti jaminan untuk memelihara kepelbagaian biologi tanam-tanaman."

Kemudahan itu akan ditempatkan dalam pekarangan 'rumah kolonial' di Kebun Bunga Singapura. Ia juga akan terdiri daripada makmal biologi biji benih, bilik-bilik untuk memproses biji benih dan peti-peti sejuk untuk menyimpan biji benih.

Para pengunjung juga berpeluang untuk mempelajari lebih lanjut tentang penyimpanan dan pemuliharaan biji benih di galeri-galeri pendidikan, menurut NParks. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan