Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura bersedia hulur lebih banyak bantuan kepada M'sia berhubung urus niaga 1MDB

Singapura bersedia menghulurkan bantuan kepada pihak berkuasa Malaysia bagi siasatan terhadap skandal dana negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Jabatan Ehwal Komersil (CAD) pada Rabu (16 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 May 2018 06:33PM Dikemas Kini : 16 May 2018 10:04PM

SINGAPURA: Singapura bersedia menghulurkan bantuan kepada pihak berkuasa Malaysia bagi siasatan terhadap skandal dana negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Jabatan Ehwal Komersil (CAD) pada Rabu (16 Mei).

"Pihak berkuasa sudah banyak bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia mengenai permintaan sebelum ini bagi maklumat berhubung urus niaga berkaitan 1MDB, dan bersedia sepenuhnya untuk menghulurkan lebih banyak bantuan," dedah beberapa agensi sebagai memberi respons kepada pertanyaan media.

Singapura juga sudah mengambil "tindakan pantas" terhadap institusi kewangan dan individu yang melanggar undang-undang dalam bidang kuasa negara ini, berhubung aliran dana berkaitan 1MDB, menurutnya.

Perdana Menteri baru Malaysia Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan membuka semula siasatan 1MDB dan pada Selasa menjadikan laporan audit 2016 dana itu bukan lagi satu rahsia.

Awal sebelum itu, laporan berkenaan diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Mantan perdana menteri Najib Razak, yang sebelum ini berkhidmat sebagai pengerusi lembaga penasihat 1MDB sehingga ia dibubarkan selepas terbongkar skandal tersebut tahun lalu, menolak sebarang salah laku.

Sekurang-kurangnya enam negara, termasuk Amerika Syarikat dan Switzerland, sedang menjalankan siasatan ke atas dakwaan di mana AS$4.5 bilion (S$6 bilion) didakwa digelapkan dari 1MDB.

Singapura sudah menjatuhkan hukuman penjara dan mengharamkan beberapa pegawai bank atas sebilangan tuduhan berkaitan 1MDB.

Sumber : CNA/Reuters/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan