Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura antara tempat tinggal termahal bagi golongan ekspatriat

Singapura menduduki tangga ke-20 dalam senarai negara paling mahal di dunia bagi golongan ekspatriat.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura antara tempat tinggal termahal bagi golongan ekspatriat

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 13 Jun 2018 07:52AM Dikemas Kini : 13 Jun 2018 07:54AM

SINGAPURA: Singapura sekali lagi disenaraikan antara 20 lokasi termahal di dunia bagi golongan ekspatriat.

Ini menurut tinjauan kos sara hidup terbaru oleh syarikat perunding ECA International, yang berpangkalan di Britain.

Menerusi satu kenyataan media pada Selasa (12 Jun), kajian itu mendedahkan bahawa Singapura menduduki tangga ke-20 dalam senarai negara paling mahal di dunia bagi golongan ekspatriat.

Bagi rantau Asia Pasifik pula, Singapura menduduki tangga kesembilan.

Dalam tinjauan sama yang diterbitkan Disember lalu, Singapura menduduki tangga ke-21 di peringkat global, dan kesembilan di Asia Pasifik.

Pada Jun tahun lalu pula, Singapura menduduki tempat kesembilan di dunia dan ke-10 di Asia Pasifik.

Kedudukan tertinggi yang pernah diduduki Singapura adalah di tangga ke-18 di peringkat global pada 2016.

Tokyo menduduki tangga teratas sebagai lokasi paling mahal di rantau Asia , Hong Kong pula jatuh dengan ketara dari tangga kedua ke tangga ke-11.

Kedudukan tersebut adalah yang paling rendah bagi Hong Kong sejak tahun 2015, dirangsang oleh kejatuhan nilai dolar Amerika Syarikat berbanding dolar Hong Kong. 

Sumber : CNA/SS/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan