Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rusa sambar liar lintas di BKE, akibatkan kemalangan 3 kenderaan

Seorang pemandu teksi berusia 46 tahun dikejarkan ke hospital selepas kenderaan yang dipandunya, sebuah kereta dan motosikal terlibat dalam satu kemalangan di BKE awal pagi tadi (17 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Jun 2018 03:38PM Dikemas Kini : 17 Jun 2018 10:17PM

SINGAPURA: Seorang pemandu teksi berusia 46 tahun dikejarkan ke hospital selepas kenderaan yang dipandunya, sebuah kereta dan motosikal terlibat dalam satu kemalangan di BKE awal pagi tadi (17 Jun).

Para pemandu kenderaan berkenaan cuba untuk mengelak seekor rusa yang tiba-tiba melintasi jalan raya.

Menurut polis, ia dimaklumkan tentang kemalangan yang belaku di BKE menghala PIE selepas susur keluar Mandai Road, pada sekitar 4.40 pagi.

Dalam video yang dikirimkan kepada Mediacorp menyusuli kemalangan itu, rusa tersebut kelihatan sedang duduk di jalan raya, berdekatan dengan sebuah trak tunda.

Menurut Encik Ruey Jin yang merakam insiden tersebut, beliau melalui tempat kejadian pada sekitar 4.48 pagi.

"Saya ternampak seekor rusa di tengah jalan raya. Dua kereta yang terlibat dalam kemalangan juga masih di tempat kejadian. Satu di antaranya remuk di bahagian depan," katanya.

Polis masih menjalankan siasatan.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan