Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rumah Tumpangan Acacia dibuka, bantu warga tua lelaki kembali ke pangkuan masyarakat

Sebuah rumah kebajikan bagi membantu warga tua lelaki yang melarat dibuka secara rasmi pagi tadi (17 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Apr 2018 05:47PM Dikemas Kini : 17 Apr 2018 11:56PM

SINGAPURA: Sebuah rumah kebajikan bagi membantu warga tua lelaki yang melarat dibuka secara rasmi pagi tadi (17 Apr).

Rumah Tumpangan Acacia itu mahu membantu para penghuninya kembali menjalani kehidupan dalam masyarakat.

Ia boleh menampung sehingga 250 penghuni dan pada masa ini 110 warga tua sudah tinggal di sana.

Ruang seakan-akan flat sewa satu bilik ini menempatkan dua penghuni yang menunjukkan potensi dapat hidup berdikari di rumah sendiri.

Mereka akan tinggal di sini secara berpasangan selama kira-kira tiga bulan. Sepanjang tempoh itu mereka akan dibantu bagi menjalani hidup berdikari.

Jika berjaya, mereka boleh memohon bagi mendapatkan flat sewa. Sekitar lima penghuni sudah berpindah ke flat mereka sendiri tahun lalu.

Tidak lama lagi seorang warga tua bernama Raju juga akan berpindah ke flat sendiri. Sejak tinggal di Acacia Home pada 2014, Encik Raju belajar tentang kemahiran mengurus kewangan dan dapat kerja sebagai seorang pekerja pembersihan.

Sejauh ini, tujuh penghuni sudah mendapat pekerjaan. Bagi para penghuni yang perlukan penjagaan berterusan pula mereka akan menyertai program-program kesihatan fizikal dan mental.

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Desmond Lee menekankan pentingnya penglibatan masyarakat untuk membantu golongan tersebut kembali ke pangkuan masyarakat.

Menurut MSF, sehingga tahun lalu, ada lebih 1,800 orang yang hidup melarat tinggal di rumah-rumah kebajikan. 

Sumber : CNA/NT/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan