Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ruang solat Masjid Wak Tanjong tidak basah meski paras banjir cecah paras lutut

Ruang solat Masjid Wak Tanjong tidak digenangi air bah sama sekali walaupun paras banjir di pekarangannya serta kawasan di luar masjid berkenaan sudah mencecah paras lutut.

Anggaran Waktu Membaca:
Ruang solat Masjid Wak Tanjong tidak basah meski paras banjir cecah paras lutut

Keadaan banjir di luar kawasan Masjid Wak Tanjong pada Isnin (8 Jan). (Gambar: Facebook/ Layla Bella)

SINGAPURA: Ruang solat Masjid Wak Tanjong tidak digenangi air bah sama sekali walaupun paras banjir di pekarangannya serta kawasan di luar masjid berkenaan sudah mencecah paras lutut.

Ini disahkan oleh jurucakap Masjid Wak Tanjong yang memberitahu BERITAMediacorp bahawa ruang solat masjid sebenarnya 'tidak basah' sama sekali.

Menurut beliau lagi, banjir kilat yang menjejas banyak kawasan di timur Singapura semalam, mula reda di pekarangan masjid sekitar 10.00 pagi Isnin.

(Gambar: Facebook/ Layla Bella)

"Banjir kilat itu naik sampai ke paras lutut dalam kawasan masjid, menurut para pekerja yang sedang menjalankan kerja naik taraf di masjid tersebut. Tetapi ia tidak sampai ke ruang solat.

"Air memasuki masjid hingga ke kawasan tangga hanya sebelum ruang solat, tetapi permaidaninya tidak basah," dedah jurucakap masjid.

Depan masjid wak Tanjong juga banjirAura Kasih Suci Sifa Fauzia

Posted by AL'Ryanti Dhiarjhoe on Sunday, 7 January 2018
 

JURUCAKAP: TIADA HARTA BENDA ROSAK

13 daripada 16 masjid di bawah fasa 2 Program Peningkatan Masjid (MUP) sudahpun selesai dijalankan, di mana kerja-kerja naik taraf ke atas Masjid Wak Tanjong dan Darul Ghufran dijangka siap tahun ini.

Sebahagian besar harta benda masjid juga sudahpun dialihkan sebelum berlakunya banjir kilat itu.

"Tiada harta benda yang rosak. Mujur tabung derma juga diperbuat daripada tin.

"Kawasan besmen bocor sedikit, tetapi ia tidak begitu terjejas. Kami dapat membaiki keadaan itu juga," dedahnya lagi.

Flooding at Paya Lebar

HAPPENING NOW: Flash floods at Paya Lebar MRT station after heavy rain this morning. #SGFloodRead more: https://cna.asia/2EhemVl(Video: Thomas Tan)

Posted by Channel NewsAsia on Sunday, 7 January 2018

SOLAT ZUHUR DIJALANKAN SEPERTI BIASA

Menurutnya, orang ramai turut memasuki kawasan masjid seperti biasa bagi menunaikan solat zuhur tengah hari itu.

"Mereka yang biasanya ke sini pada waktu zuhur masih datang ke masjid, seperti biasa," katanya.

Pada Isnin, agensi air negara PUB mengeluarkan amaran di laman Twitter sejak pukul 9.20 pagi, mengenai banjir kilat di Jalan Nipah, di persimpangan antara Sims Avenue dengan Eunos Road 8 serta Tanjong Katong Road.

PUB juga mengeluarkan amaran banjir kilat bagi Arumugam Road, persimpangan antara Bedok Road dengan Upper Changi Road East, persimpangan antara Upper Changi Road dengan Bedok North Avenue 4 dan simpang Tampines Avenue 12 pada Isnin. 

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan