Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

RSAF sentiasa siap tangani ancaman zaman moden

Tentera Udara Singapura sentiasa memastikan keselamatan ruang udara negara ini yang kecil tetapi sibuk.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Jan 2018 08:30PM Dikemas Kini : 20 Jan 2018 09:00PM

SINGAPURA: Tentera Udara Singapura sentiasa memastikan keselamatan ruang udara negara ini yang kecil tetapi sibuk.

Itu sudah dilakukannya sepanjang 50 tahun lalu dan akan diteruskan.

Mediacorp meninjau bagaimana RSAF menangani ancaman-ancaman zaman moden ini.

PERISTIWA 2008 APABILA PESAWAT CABULI RUANG UDARA S'PURA

Dalam tahun 2008, sebuah pesawat kecil berdaftar di Australia mencabuli ruang udara Singapura.

Dua rakyat Australia berada di dalam pesawat Cessna 208 itu.

Jet-jet RSAF segera dikerah untuk memintas pesawat tersebut dan mengiringinya ke Lapangan Terbang Changi.

Kejadian itu juga menyebabkan ruang udara bagi penerbangan komersil di lapangan terbang tersebut ditutup selama sejam.

RSAF LATIH GIAT DAN LASAK

Seperti insiden pesawat Cessna itu, RSAF menangani kejadian mencurigakan membabitkan pesawat awam yang berlepas, tiba atau terbang berhampiran Singapura hampir setiap hari.

Lantaran itu para pegawai RSAF terus menjalani latihan giat dan lasak agar mereka sentiasa siap untuk menangani ancaman-ancaman sedemikian.

"RSAF menjalankan latihan secara individu untuk memastikan para pegawai benar-benar berupaya dan mempunyai asas-asas untuk bertindak dalam keadaan masa yang terbatas dan tidak menentu," kata ketua Pegawai Skuadron 200 RSAF, LTC How Gim Cheong.

Di samping latihan, RSAF juga terus memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan keupayaannya.

Sistem Pertahanan Ruang Udara Yang Dipertingkat menyatukan unsur-unsur sensor, sistem senjata, markas dan kawalan serta aspek membuat keputusan bagi menangani pelbagai jenis ancaman demi memastikan ruang udara Singapura terus selamat.

Sumber : CNA/MU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan