Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

RSAF sambut ulang tahun ke-20 latihan helikopter di Oakey

Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) menyambut ulang tahun ke-20 latihan helikopter RSAF di Oakey, Australia hari ini (10 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Nov 2018 08:31PM Dikemas Kini : 11 Nov 2018 12:43AM

OAKEY: Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) menyambut ulang tahun ke-20 latihan helikopter RSAF di Oakey, Australia hari ini (10 Nov).

Menteri Negara Kanan Pertahanan, Heng Chee How, dan Penolong Menteri Pertahanan Australia, David Fawcett, menyertai upacara peringatan di Kem Warriors di Rockhampton.

Semasa upacara itu, Encik Heng merasmikan sebuah mural yang mencerminkan hubungan pertahanan dua hala erat, kukuh dan yang lama terjalin antara Singapura dengan Australia.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Australia atas sokongannya yang berterusan dalam menyediakan ruang latihan bagi RSAF di Oakey.

Lebih 150 helikopter Super Puma menjalani latihan di kemudahan tersebut sejak 20 tahun lalu. 

Sumber : CNA/MM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan