Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

RRG lancarkan program cegah, perangi radikalisme khusus untuk belia

Didedahkan semasa acara Retreat RRG ke-14 hari ini, program yang diberi nama Program Kesedaran untuk Belia akan dijalankan selama 10 minggu itu. Ia disasarkan kepada para peserta berusia 15 hingga 25 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) melancarkan sebuah program baru bagi mencegah dan memerangi radikalisme hari ini (13 Mac).

Didedahkan semasa acara Retreat RRG ke-14 hari ini, program yang diberi nama Program Kesedaran untuk Belia akan dijalankan selama 10 minggu itu. Ia disasarkan kepada para peserta berusia 15 hingga 25 tahun.

Antara lain, ia bertujuan melengkapi para belia supaya lebih memahami Islam dari aspek nilai dan sejarah serta bagaimana untuk menghargai agama dalam konteks negara ini.

RRG menambah program yang terdiri daripada 10 sesi kuliah itu akan diadakan di Masjid Khadijah dan akan dikendalikan para anggota RRG sendiri.

Naib Pengerusi RRG Ustaz Dr Mohamed Ali berkata: "Kami mengharapkan daripada program ini, para remaja kita dapat memahami Islam itu dengan konteks yang lebih luas dan juga dalam konteks negara kita. Ini yang saya rasa kurang terdapat dalam kefahaman agama di kalangan anak-anak muda kita. Jadi itu harapan saya."

Dengan itu tambah beliau, para peserta dapat memahami bahawa Islam itu dapat diamalkan walaupun anggota masyarakat Islam tempatan hidup sebagai minoriti. Atau dalam erti kata lain, walaupun berada dalam negara yang sekular, Islam tetap dapat dihayati, dan diamalkan, jelas Dr Mohamed.

Menurut RRG lagi, para peserta juga akan lebih memahami soal berbilang agama, nilai kesederhanaan, keamanan dan peri perlunya menolak pengaruh ideologi-ideologi radikal dan pelampauan.

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan