Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Robot dikerahkan untuk ronda sebuah stesen MRT buat julung-julung kalinya

Buat pertama kalinya sebuah robot dikerahkan hari ini (5 Dis) untuk meronda sebuah stesen MRT

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Dec 2018 08:36PM Dikemas Kini : 05 Dec 2018 09:17PM

SINGAPURA: Buat pertama kalinya sebuah robot dikerahkan hari ini (5 Dis) untuk meronda sebuah stesen MRT. Ia adalah sebahagian daripada ujian yang meneroka penggunaan robot bagi mempertingkatkan langkah-langkah kawalan keselamatan di stesen-stesen pengangkutan awam.

Robot tersebut dikerah sebagai sebahagian daripada "Exercise Station Guard" atau "Latihan Pengawal Stesen" yang dilakukan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) buat kali ketiga tahun ini.

Latihan itu dijalankan bersama dengan pengendali kereta api, SBS Transit, untuk meninjau cara bertindak dalam keadaan kecemasan.

Memandangkan ini kali pertama robot dikerahkan, pihak berkuasa sedang menguji kemampuan pemanduan arah dan pemantauannya. Robot itu boleh menyalurkan rakaman pemantauannya kepada pusat kawalan yang terletak di dalam Kenderaan Respons Insiden LTA.

Pihak berkuasa juga sedang menimbangkan untuk melaksanakan tekonologi analitik video dan audio tidak lama lagi.

Semua penumpang yang berada di Stesen MRT Hougang pada 10.00 pagi hingga 4.00 petang tadi juga perlu menyerahkan barangan mereka untuk diimbas. Di samping itu mereka perlu melalui alat pengesan logam.

Ini adalah kali pertama latihan itu dijalankan pada hari biasa. Latihan-latihan sebelum ini diadakan di stesen-stesen MRT Downtown dan Holland Village pada hari Ahad.

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan