Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Remaja akui bersalah cabul budak bawah umur

Seorang remaja pada Isnin (17 Dis) mengaku bersalah mencabul seorang budak lelaki 13 tahun dan meminta gambar lucah dari seorang budak lelaki 10 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja akui bersalah cabul budak bawah umur

(Gambar fail: Jeremy Long)

Diterbitkan : 17 Dec 2018 06:12PM Dikemas Kini : 17 Dec 2018 06:15PM

SINGAPURA: Seorang remaja pada Isnin (17 Dis) mengaku bersalah mencabul seorang budak lelaki 13 tahun dan meminta gambar lucah dari seorang budak lelaki 10 tahun.

Tertuduh, seorang pelajar ITE berusia 18 tahun, mengaku bersalah atas satu pertuduhan mencabul kehormatan dan satu lagi pertuduhan mencuba melakukan tindakan tidak wajar ke atas seorang budak.

Tiga lagi pertuduhan diambil dalam perkiraan. Nama tertuduh tidak boleh didedahkan untuk melindungi identiti mangsa.

Mahkamah difahamkan bahawa tertuduh mengenali mangsa pertama, yang ketika itu berusia 13 tahun, semasa satu perkhemahan sekolah pada Januari 2017.

Mereka mula berhubung pada Ogos dan keluar bersama semasa cuti sekolah pada Oktober.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya Nicholas Lai, tertuduh mula menyentuh kemaluan mangsa di luar pakaiannya antara Oktober dan Disember tahun lalu.

Dia juga cuba melakukan perkara tidak senonoh lain terhadap mangsa namun mangsa menolak.

Pada 5 Januari tahun ini, mangsa memberitahu rakan-rakan sekolahnya tentang perbuatan tertuduh dan mereka kemudian bersemuka dengannya.

TERTUDUH MINTA GAMBAR LUCAH DARI BUDAK 10 TAHUN

Meskipun demikian, tertuduh meneruskan tabiatnya dan mencari mangsa kedua pada Mac. Dia menemui mangsa berusia 10 tahun awal tahun ini di program penjagaan pelajar.

Pada 21 Mac, tertuduh mula menghantar mesej kepada mangsa dan memintanya menghantar gambar-gambar lucah. Meskipun ditolak, tertuduh terus menggangu mangsa dan menawarkan bayaran S$10 jika mangsa melakukan kelakuan lucah menerusi panggilan video, namun permintaannya ditolak sekali lagi.

Ibu mangsa menemui mesej yang dihantar oleh tertuduh pada 27 Mac lantas menghubungi pihak sekolah untuk meminta nasihat. Beliau kemudian membuat aduan polis.

Hakim Daerah May Mesenas pada Isnin mengarahkan agar laporan kesesuaian probesen untuk tertuduh dikeluarkan.

Tertuduh akan dihadapkan ke mahkamah bulan hadapan untuk dijatuhi hukuman.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan