Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Remaja 19 tahun diberkas atas penipuan berhubung tiket-tiket ZoukOut

Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun diberkas pada Selasa (18 Dis) kerana didakwa menipu mangsa-mangsa supaya membeli tiket-tiket ZoukOut, sebuah pesta joget dan muzik yang diadakan setiap tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja 19 tahun diberkas atas penipuan berhubung tiket-tiket ZoukOut

Acara ZoukOut tahun lalu. (Gambar: Zouk Singapore)

Diterbitkan : 19 Dec 2018 09:43PM Dikemas Kini : 19 Dec 2018 09:45PM

SINGAPURA: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun diberkas pada Selasa (18 Dis) kerana didakwa menipu mangsa-mangsa supaya membeli tiket-tiket ZoukOut, sebuah pesta joget dan muzik yang diadakan setiap tahun.

Menurut polis dalam satu kenyataan media pada Rabu (19 Dis), beberapa mangsa sudah membuat aduan antara November dengan Disember, menyatakan bahawa mereka ditipu oleh seorang penjual yang menawarkan tiket-tiket tersebut di wadah online Carousell.

Setelah para mangsa membuat bayaran menerusi pemindahan bank, penjual itu tidak dapat dihubungi.

Suspek tersebut diberkas pada Selasa di Jalan Bukit Merah. Siasatan awal menunjukkan bahawa dia dipercayai terlibat dalam lebih 10 kes penipuan e-dagangan, menurut polis.

Lelaki tersebut akan didakwa pada Khamis atas kesalahan menipu, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Untuk lebih banyak maklumat berkenaan penipuan, orang awam boleh melungsuri scamalert.sg atau menelefon talian anti-penipuan di 1800-722-6688. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan