Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Remaja 16 tahun diberkas dalam penipuan aksesori Growtopia

Remaja lelaki berusia 16 tahun ditangkap selepas didakwa menipu mangsa yang membuat tempahan dengannya melalui Carousell untuk membeli aksesori bagi permainan maya Growtopia.

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja 16 tahun diberkas dalam penipuan aksesori Growtopia

Petikan skrin permainan Growtopia di Google Play.

Diterbitkan : 13 Feb 2018 09:29AM Dikemas Kini : 13 Feb 2018 09:32AM

SINGAPURA: Remaja lelaki berusia 16 tahun ditangkap selepas didakwa menipu mangsa yang membuat tempahan dengannya melalui Carousell untuk membeli aksesori bagi permainan maya Growtopia.

Remaja berkenaan dipercayai terlibat dalam beberapa kes penipuan, menurut polis dalam kenyataan media pada Isnin (12 Feb).

Selepas bayaran dibuat oleh setiap mangsa selepas mereka berjumpa dengannya, remaja itu mengalih perhatian mereka sebelum melarikan diri, dedah polis.

Beberapa pegawai dari Divisyen Polis Tanglin memberkas suspek itu pada Isnin.

Growtopia adalah permainan berbilang pemain yang boleh didapatkan melalui telefon bimbit dan komputer, di mana pengguna mewujudkan dunia, seperti permainan Minecraft.

Suspek juga akan didakwa di mahkamah pada Selasa atas kesalahan menipu dan, jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan didenda.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan