Images
  • mcorp
    Pelakon Mediacorp, Romeo Tan bersama seorang penduduk. (Gambar: Mediacorp)

Relawan Mediacorp, IMDA bantu penduduk 'berpindah' ke TV digital

SINGAPURA: Bagi membantu para pelanggan membuat peralihan kepada TV digital (DTV), para kakitangan Mediacorp dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) berganding bahu baru-baru ini untuk membantu 1,000 keluarga.

Sekitar 100 sukarelawan mengunjungi rumah-rumah flat satu dan dua bilik di Beach Road dan Toa Payoh. Mereka memeriksa keadaan TV, termasuk membantu para penduduk mendapatkan Kit Pemula DTV yang disediakan percuma online.

Ia ditawarkan kepada semua keluarga yang menetap di flat-flat HDB yang masih menonton televisyen melalui kaedah analog dan mereka yang bukan pelanggan berbayar, sama ada dengan Singtel atau StarHub.

Siaran analog akan dihentikan pada 31 Disember ini.

Hari ini (10 Ogos), Mediacorp menyatakan bahawa bersama para sekarelawan IMDA, ia akan menjalankan lebih banyak lawatan dari rumah ke rumah di serata negara sepanjang beberapa bulan akan datang.

Para penduduk juga boleh memilih untuk mengunjungi karnival DTV IMDA dan kaunter khidmat bergerak DTV bagi mendapatkan bantuan.

Untuk maklumat lanjut mengenai peralihan itu, sila lungsuri https://digitaltv.sg atau telefon 1800-388-4357.

- CNA/HS/hs

Top