Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rayuan derma bagi iftar Masjid Al-Firdaus benar atau penipuan? Ini penjelasan Pengerusi masjid itu

Masjid Al-Firdaus menjelaskan, pihaknya "belum pernah dan tidak pernah membuat rayuan untuk tujuan derma...melalui apa jua saluran" bagi membiayai iftar untuk para pekerja asing Bangladesh di masjid itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Rayuan derma bagi iftar Masjid Al-Firdaus benar atau penipuan? Ini penjelasan Pengerusi masjid itu

Gambar menunjukkan jemaah warga asing berbuka puasa di Masjid al-Firdaus (Gambar: Facebook Mohamed Nazeer)

BERITAMediacorp: Masjid Al-Firdaus menjelaskan, pihaknya "belum pernah dan tidak pernah membuat rayuan untuk tujuan derma...melalui apa jua saluran" bagi membiayai iftar untuk para pekerja asing Bangladesh di masjid itu.

Masjid itu juga menekankan bahawa pihaknya "mempunyai dana yang mencukupi" bagi tujuan menyediakan iftar, hasil dari sumbangan ikhlas para dermawan.

Pencerahan itu dibuat menerusi satu kenyataan kepada BERITAMediacorp, ekoran tersebarnya mesej-mesej yang mengelirukan.

JEMAAH BANGLADESH RAMAI, MAKANAN TAK CUKUP?

Ada yang menyatakan Masjid Al-Firdaus merayu bagi dana sedemikian kerana makanan iftar kadangkala tidak mencukupi lantaran ramainya pekerja asing yang melanggani masjid tersebut.

Ada pula mesej lain yang menyatakan mesej tersebut tersebut adalah satu "penipuan" (scam).

Misalnya, salah satu mesej disebarkan menerusi WhatsApp, antara lain berbunyi begini:

"Masjid Firdaus is still looking for sponsors for Ramadan...One of Singapore's oldest mosque. Banyak foreign workers buka di sana and they sometimes don't have enough. Bagi sesiapa yang mahu menderma, Mosque phone number: 67646334"

Manakala satu lagi mesej tersebar mengenai 'kempen' pengumpulan dana iftar tersebut dan mengeluarkan amran kepada orang ramai. Ia antara lain berbunyi begini:

"I've just met ust Ghouse at Masjid Firdaus to enquire on the circulating WhatsApp news about the donation for Masjid Firdaus. Please be inform that Ust Ghouse had denied all claims and it is a scam..."

Ekoran mesej-mesej yang berbeza-beza ini, Pengerusi Masjid Al-Firdaus, Noordin Abdul Sukor menyatakan pihak masjid mendapat "banyak" pertanyaan menerusi panggilan telefon daripada para jemaah, yang mahukan penjelasan dan kepastian.

Dalam emelnya bagi menjawab pertanyaan BERITAMediacorp, Encik Noordin menyatakan: "Apabila pihak masjid mendapat tahu tentang penyebaran mesej ini kami membuat pengumuman kepada jemaah di masjid kami sebelum solat terawih dan membuat penjelasan."

TIADA SEBARANG UNSUR PENIPUAN

Sungguhpun demikian, Encik Noordin menambah, ia tidak mendapati ada sebarang unsur penipuan dengan menyalahgunakan nama masjid.

"Berkemungkinan orang yang menghantar mesej merasa prihatin dan berniat baik membantu masjid," tulis Encik Noordin lagi dalam emel tersebut.

10,000 PEKERJA MUSLIM BANGLADESH DEKAT MASJID AL-FIRDAUS

Gambar menunjukkan warga asing berbuka puasa di Masjid Firdaus (Gambar: Facebook / Mohamed Nazeer)

(Pekerja asing sedang berbuka di Masjid al-Firdaus. (Gambar: Facebook / Mohamed Nazeer)

Masjid Al-Firdaus merupakan sebuah 'masjid kampung' yang terletak dekat dengan Old Choa Chu Kang Road dan boleh menempatkan sekitar 200 orang jemaah.

Baru-baru ini, sebuah asrama pekerja asing dibuka dekat dengan masjid tersebut, iaitu di Sungei Tengah. Asrama 'Sungei Tengah Lodge' menempatkan 25,000 pekerja asing. BERITAMediacorp dimaklumkan, sekitar 10,000 daripadanya dianggarkan merupakan pekerja Bangladesh Muslim.

Tahun ini pertama kali mereka melakukan ibadah puasa di asrama tersebut, dan "Masjid Al-Firdaus menjadi tumpuan mereka untuk melakukan ibadah", menurut Encik Noordin lagi.  

Sumber : BERITA Mediacorp/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan