Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rancangan Perubahan Industri Keselamatan manfaatkan teknologi, guna tenaga kerja dengan baik

Para pegawai keselamatan yang mahir menggunakan teknologi canggih dalam menjalankan tugas.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Feb 2018 08:36PM Dikemas Kini : 13 Feb 2018 10:43PM

SINGAPURA: Para pegawai keselamatan yang mahir menggunakan teknologi canggih dalam menjalankan tugas.

Itulah antara perubahan yang boleh dijangkakan orang ramai dalam industri keselamatan tempatan pada masa hadapan.

Kementerian Ehwal Dalam Negeri mendedahkan satu pelan $10 juta untuk mengubah sektor itu bagi tiga tahun akan datang.

Perancangan Perubahan Industri Keselamatan didedahkan
di tengah-tengah ancaman pengganasan yang semakin meningkat dan cabaran kekurangan tenaga kerja dalam sektor itu.

Salah satu strategi utamanya adalah penggunaan teknologi canggih seperti kamera CCTV dan analitis video.

"Bagi premis besar, analitis lanjutan menggunakan pembelajaran mesin sudah boleh digunakan untuk mengesan kegiatan mencurigakan. Ini membolehkan tidak begitu ramai pegawai diperlukan bagi mengawasi kawasan lebih besar dan rumit," kata Menteri Kedua Tenaga Manusia Josephine Teo.

Satu lagi pendekatan adalah untuk mengubah cara tender diberi bagi mendapatkan hasil keselamatan yang diharapkan.

Ini bermakna sesebuah syarikat boleh menunjukkan jumlah masa yang diperlukan untuk bertindak ke atas sesuatu ancaman keselamatan, berbanding jumlah pegawai keselamatan yang diperlukan dalam kaedah sekarang.

Dengan cara ini, teknologi dan tenaga kerja dapat digunakan dengan sebaik-baiknya.

Selaras dengan itu, penilaian wajib bagi agensi-agensi keselamatan (SAGE) akan disemak.

Syarikat-syarikat akan diberikan gred berdasarkan teknologi yang diterapkan manakala para pegawai perlu membuktikan kecekapan mereka menjalankan prosedur operasi.

Sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kemahiran dan menyokong kemajuan kerjaya, satu perjanjian juga dimeterai bagi mengadakan kursus diploma pakar dalam bidang perundingan keselamatan.

Kursus sambilan selama setahun itu ditawarkan mulai April tahun depan. 

Sumber : CNA/RL/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan